“Tidaklah kami pernah melihat ataupun mendengar hal ajaib
seperti ini. Muhammad al-Fateh sudah menukar darat menjadi lautan, melayarkan
kapalnya di puncak gunung dan bukannya di ombak lautan. Sesungguhnya Muhammad
al-Fateh dengan usahanya ini telah mengatasi Alexander The Great!”- Ahli
Sejarah Byzantine
Sultan Muhamad al-Fateh dilahirkan pada 27 Rajab 835 Hijrah
bersamaan 29 Mac 1432 M dan meninggal dunia pada 3 Mei 1481.
Ketika berumur 19 tahun beliau menaiki takhta menggantikan
ayahnya Sultan Murad. Baginda menjadikan Adrianopel (Adana) pusat pemerintahan
dan ibu kotanya bagi memudahkan cita-citanya menawan Konstantinopel. Dan ketika
berusia 21 tahun Sultan Muhamad al Fateh berjaya menakluk Konstantinopel pada
29 Mei 1453 bersamaan 20 jamadil awal 857 hijrah.
Kota Konstantinopel yang kini dinamakan Istanbul (Islam
keseluruhannya), terletak di sempadan antara benua Eropah dengan Asia. Ia
dihubungkan oleh Selat Bosphorus. Sebelum itu Kota Konstantinopel pernah cuba
ditakluk oleh bangsa Gothik, Parsi, Bulgaria dan Rusia tetapi tidak berjaya.
Umat Islam berusaha menawan kota tersebut kerana percaya dengan hadis
Rasulullah SAW yang mengatakan Konstantinopel akan ditawan oleh orang Islam.
Setelah lebih 800 tahun hadis itu diucapkan oleh Rasulullah
SAW barulah menjadi kenyataan. Seorang sahabat Rasulullah SAW bernama Abu Ayyub
Al-Anshari RA gugur syahid lalu dikebumikan di sisi benteng Konstantinopel.
Sultan Muhammad al-Fateh sejak dalam buaian lagi sudah
diisyaratkan bakal mencipta sejarah oleh seorang alim, Syeikh Syamsuddin Al
Wali. Beliau pernah berkata kepada Sultan Murad (ayah kepada Muhammad
al-Fateh):
“Wahai Sultan Murad, bukan tuanku yang akan membebaskan kota
konstantinopel, tetapi anak yang dalam buaian itu,” sambil menunjuk Muhammad
al-Fateh yang masih di dalam buaian.
Sejak itu Muhammad al-Fateh dilatih hidup sederhana, dididik
dengan ilmu agama dan ilmu peperangan. Beliau membesar sebagai pemuda yang
tampan. Bentuk badannya tegap, kuat dan tinggi. Pipinya putih kemerah-merahan
dan hidungnya mancung.
Beliau mula menaiki takhta ketika umurnya 19 tahun. Di kala
itu baginda sudah begitu arif dengan tipu helah musuh. Pernah Maharaja
Konstantinopel mengirim guru-guru terbaik untuk mendidiknya tentang adab dan
adat istiadat kehidupan raja-raja, tetapi beliau menolaknya lalu menyuruh
guru-guru tersebut pulang.
Kemudian baginda membina benteng yang dinamakan Rumeli
Hisarri yang bermaksud benteng orang-orang Rom. Baginda sendiri membuka baju
dan serbannya, mengangkat batu dan pasir hingga ulama-ulama dan menteri-menteri
terpaksa ikut serta.
Sultan Muhamad al-Fateh menukar nama Kota Konstantinopel
kepada Istanbul lalu menjadikan ibu kotanya. Kemudian beliau menakluk Serbia
pada tahun 1460 dan Bosnia pada tahun 1462. Seterusnya Sultan Muhamad al Fateh
menakluk Italia, Hungari, dan Jerman. Ketika berada dikemuncak kegemilangannya,
Sultan Muhamad al Fateh memerintah 25 buah negeri. Kemudian dia membuat persiapan
menakluk Rhodesia tetapi meninggal dunia kerana diracun oleh seorang Yahudi
bernama Maesto Jakopa
Sultan Muhammad Al Fateh yang dilahirkan pada 29 Mac 1432
itu telah meninggal dunia pada 3 Mei 1481 ketika berusia 49 tahun.
0 comments:
Post a Comment