Daripada Abdul Rahman Bin Samurah lah.a. berkata, Nabi Muhammad s.a.w. bersabda: Sesunguhnya aku telah mengalami mimpi yang MENAKJUBKAN pada malam kelmarin….
* Aku telah melihat seorang dari umatku telah didatangi malaikatul maut untuk mengambil nyawanya, maka malaikat itu terhalang disebabkan KETAATAN KEPADA KEDUA IBU-BAPANYA.
* Aku melihat seorang
dari umatku telah disediakan azab kubur, maka ia telah diselamatkan oleh berkat
WUDUKNYA.
* Aku melihat seorang
dari umatku sedang dikerumuni oleh syaitan-syaitan, maka ia diselamatkan dengan
berkat ZIKIRNYA kepada Allah.
* Aku melihat bagaimana
umatku diseret oleh malaikatul azab, tetapi SOLATNYA telah
melepaskannya dari seksaan itu.
* Aku melihat umatku
ditimpa dahaga yang amat berat, setiap kali dia mendatangi satu telaga dihalang
dari meminumnya, ketika itu datanglah pahala PUASANYA memberi
minum hingga ia merasa puas.
* Aku melihat umatku cuba
untuk mendakati kumpulan para nabi yang sedang duduk berkumpul-kumpul, setiap
kali dia datang dia akan diusir, maka menjelmalah MANDI JUNUBNYA
sambil memimpinnya ke kumpulanku seraya duduk di sebelahku.
* Aku melihat seorang
dari umatku berada di dalam keadaan gelap gelita, di hadapannya gelap, di
belakangnya gelap, di bawahnya gelap sedangkan dia sendiri dalam keadaan binggung,
maka datanglah pahala HAJI DAN UMRAHNYA lalu mengeluarkannya
dari kegelapan kepada tempat yang terang benderang.
* Aku melihat umatku cuba
berbicara dengan golongan orang mukmin tetapi mereka tidakpun membalas
bicaranya, maka menjelmalah SILATURRAHIMNYA lalu menyeru
kepada mereka agar menyambut bicaranya, lalu berbicaralah mereka dengannya.
* Aku melihat umatku
sedang menepis-nepis percikan api ke mukanya, maka segeralah menjelma pahala SEDEKAHNYA
lalu menabiri muka dan kepalanya dari bahaya api tersebut.
* Aku melihat umatku
sedang diseret oleh malaikatul zabaniah ke merata tempat, maka datanglah pahala
AMAR MA’RUF NAHI MUNGKARNYA seraya menyelamatkan dia dari
cengkaman tersebut dan diserahkan kepada malaikat rahmat.
* Aku melihat juga umatku
sedang merangkak-rangkak, di antaranya dengan Tuhan dipasangkan hijab, maka
menjelmalah BUDI DAN AKHLAKNYA memimpinnya sehingga terbuka
hijab tersebut dan masuklah dia bertemu dengan Tuhannya.
* Aku melihat umatku
didatangi buku catatan daripada sebelah kiri, tiba-tiba datanglah pahala TAKUTNYA
KEPADA ALLAH lalu menukarnya ke sebelah tangan kanan.
* Aku melihat seorang
umatku terangkat timbangannya, maka menjelmalah ANAK-ANAKNYA YANG MATI
KECIL lalu menekan timbangan hingga menjadi berat.
* Aku melihat umatku sedang
berada di tepi neraka jahannam, tiba-tiba muncullah PERASAAN GERUNNYA
TERHADAP SEKSAAN ALLAH lalu membawa dia jauh dari tempat itu.
* Aku melihat umatku
terjerumus ke lembah neraka, lalu datanglah AIR MATANYA YANG PERNAH
MENGALIR KERANA TAKUT KEPADA ALLAH, menyelamatkannya.
* Aku juga melihat umatku
sedang meniti titian sirat dalam keadaan tubuhnya terketar-ketar seperti
bergoncangnya dedaun yang ditiup angin, maka datanglah pahala BERBAIK
SANGKA DENGAN ALLAH lalu mententeramkannya melalui titian tersebut
sehingga ke penghujungnya.
* Aku melihat umatku
sedang meniti titian sirat dalam keadaan merangkak dan meniarap lalu datanglah SOLATNYA
merayu kepadaku dan akupun memimpin tangannya dan mengajaknya berdiri serta
berjalan hingga ke hujungnya.
* Aku melihat umatku
sudah hampir tiba di pintu syurga tetapi tiba-tiba pintu syurga tertutup, di
waktu itu muncullah PENYAKSIANNYA BAHAWA TIADA TUHAN YANG BERHAK
DISEMBAH MELAINKAN ALLAH membukakan kembali pintu itu dan diapun memasukinya.
* Aku melihat ramai orang
sedang meggunting lidah mereka. Aku bertanya kepada Jibril siapa mereka? Jawab Jibril, itulah orang-orang yang suka membawa mulut kesana sini.
Aku juga melihat orang yang digantung lidah mereka. Aku bertanya kepada Jibril siapa pula mereka? Jawab Jibril itulah pembalasan orang yang suka menabur fitnah kepada orang-orang yang beriman tanpa bukti.
Aku juga melihat orang yang digantung lidah mereka. Aku bertanya kepada Jibril siapa pula mereka? Jawab Jibril itulah pembalasan orang yang suka menabur fitnah kepada orang-orang yang beriman tanpa bukti.
Semoga kisah ini kita jadikan ikhtibar dan pengajaran bahawasanya setiap amalan yang kita lakukan pasti ada ganjarannya.SubhanaAllah..
sekian.
"SEJARAH PASAK TAMADUN SEJAGAT"
0 comments:
Post a Comment