Tuesday, September 11, 2012

JAMUAN HARI RAYA SEJATI

 
Alhamdullilah,, Bersyukur Kehadrat Illahi atas kurnia dan Inayahnya dapat juga kita bersama2 sekali lagi berkumpul bersama2 didalam Majlis JAMUAN HARI RAYA SEJATI yang berlangsung pada 9/9/10,,,,,Setinggi-tinggi Penghargaan buat Akhi Iman bersama2 'BALA TENTERANYA' kerana berjaya melaksanakan Program tersebut dengan Jayanya...=)
SEmoga Ukhuwah yang terjalin antara kita Semua Kekal buat Selama-lamanya.... Ukhuwah adalah suatu NIKMAT yang diberikan oleh Allah SWT kepada umat Islam. "Dan ingatlah akan nikmat Allah kepadamu ketika kamu dahulu (masa Jahiliyah) bermusuh-musuhan, maka Allah mempersatukan hatimu, lalu menjadilah kamu kerana nikmat itu, sebagai orang-orang yang bersaudara." (Ali 'Imran 3: 103)

Ya Allah Engkau mengetahui bahawa hati-hati ini telah berkumpul kerana mengasihimu...bertemu untuk mematuhiMu, bersatu memikul beban dakwah mu..Hati-hati ini telah berjanji setia untuk mendaulat dan menyokong syari'at Mu, maka eratlah " Ya Allah akan ikatannya ..kekalkan kemesraan antara hati-hati ini..tunjuklah kepada hati-hati ini akan jalannya..Penuhkan hati ini dengan cahaya RABBANIMU...yang tidak kunjung malap..Lapangkan hati-hati ini dengan limpah iman dan keyakinan dan keindahan tawakalMu..Hidup suburkan hati-hati dengan MA'RIFAT tentangmu...maka matikanlah pemilik hati-hati ini sebagai syuhada' dalam agama Mu..Engkaulah sebaik-baik sandaran dan sebaik-baik penolong.....


Dari Abdul Rahman bin Abi Laila rah.a berkata, kami telah diceritakan oleh sahabat Nabi s.a.w : Satu ketika beliau bersama Nabi s.a.w di mana seorang sahabat telah tertidur.  Ketika dia nyenyak tidur, seorang sahabat telah mengambil tali kepunyaannya (semata-mata untuk bergurau sahaja).  Apabila sahabat tadi membuka matanya dan didapatinya talinya telah hilang disisinya, dia begitu susah hati.  Kerana itu Nabi s.a.w bersabda: Tidak halal bagi seorang Islam menakut-nakutkan seorang Islam yang lain.
(Hadith riwayat Abu Daud)