Saturday, December 1, 2012

HUBUNGI KAMI

PERSATUAN MAHASISWA SEJARAH DAN TAMADUN ISLAM, 
FAKULTI KONTEMPORARI ISLAM, 
UNIVERSITI SULTAN ZAINAL ABIDIN,
 KAMPUS GONG BADAK ,21300 KUALA TERENGGANU,
 TERENGGANU DARUL IMAN, MALAYSIA.


FACEBOOK:
 https://www.facebook.com/pages/Sejati_unisza


TWITTER:
 https://twitter.com/SEJATIUNISZA


"SEJARAH PASAK TAMADUN SEJAGAT"

Thursday, November 29, 2012

Oh PaLESTINA!

Wahai Tuhan kami, sesungguhnya kami menjadikan-Mu sebagai pendinding (kepada musuh2) kami, dan kami berlindung dengan-Mu daripada kejahatan mereka.Wahai Tuhan kami, wahai Tuhan yang menurunkan al-Kitab (al-Quran), dan wahai yang menjalankan awan, dan wahai yang menghancurkan tentera al-Ahzab, hancurkanlah Yahudi perampas dan penjajah dan bantulah kami ke atas mereka dan goyankanlah mereka.Wahai Tuhan kami, binasakanlah kesempurnaan mereka, dan pecah-belahkanlah jemaah/kesatuan mereka, dan gagapkanlah perkataan mereka (melalutkan kereka), pecah belahkanlah hati-hati mereka, goyahkanlah pendirian mereka, dan hantarkanlah anjing ke atas mereka dari anjing-anjing suruhanMu, wahai Tuhan Yang Maha Gagah Perkasa, wahai Tuhan Yang Maha Berani, wahai Tuhan Yang Maha Berdendam.

Wahai Allah tuhan kami, turunkanlah ke atas mereka kemarahan dan kesakitan dariMu yang tidak mampu ditolak oleh kaum yang berdosa. Ya Allah, bantulah muslimin dan pejuang Islam dalam petempurannya dengan Yahudi, Ya Allah bantulah kami untuk mengalahkan mereka di mana-mana sahaja, Ya Allah tunjukkanlah kepada mereka keajaiban kuasaMu,
 Dunia Palestine tidak pernah sunyi daripada disebut-sebut dari dahulu hinggalah ke saat ini. Lipatan sejarah dan apa yang kelak berlaku di bumi Palestine telahpun dirakamkan oleh Allah SWT di dalam kalam-Nya yang benar lagi membenarkan. Kaum kuffar tidak jemu-jemu melancarkan fitnah terhadap dunia Islam, kononnya umat Islam adalah pengganas. Label pengganas tersebut menjadi lesen bagi mereka untuk menghalalkan darah kaum muslim terutamanya di bumi Palestine di mana kaum muslim telah lama menanggung penderitaan sejak 1948.
Kaum Yahudi tanpa jemu, giat melenyapkan Palestine sebagai bumi umat Islam di peta dunia. Lihatlah dunia hari ini, adakah nama Palestine ditulis di atas atlas-atlas yang dijual di kedai-kedai? Sebaliknya, negara haram Israel tertera di atlas-atlas tersebut. Apa yang menyedihkan, negara pengganas Israel hanyalah sebesar gelang yang mempunyai kepadatan penduduk seramai 7.5 juta orang sahaja. Namun tiada satu negara Arab pun yang menghantar bala tentera mereka untuk mencabut kekuasaan pengganas Israel di bumi suci Palestine. Sebaliknya, menghantar wakil-wakil mereka untuk melakukan antara pemuka-pemuka Islam yang bacul dengan pemuka-pemuka Yahudi yang terang-terang pendusta. Dari dahulu hingga kini, apakah natijah rundingan-rundingan ini?

Natijahnya tidak lebih daripada menghabiskan wang ke sana ke mari, membuang air liur, dan menjadi panggung wayang bagi kaum kuffar sedunia untuk bergelak ketawa melihat gelagat pemuka Islam yang pengecut. Mengapakah masalah ini berlarutan dari tahun 1948 sehingga kini? Masih tidak cukupkah masa untuk mencabut kekuasaan haram itu? Tidak tahukah kalian, wahai pemimpin, Khalifah Mu'tasim Billah hanya mengambil masa beberapa jam untuk menggerakkan bala tentera untuk menyerang kota Rom terkuat setelah seorang mukminah dipersenda oleh lelaki kafir?

Inilah budaya yang diterapkan oleh penjajah imperialis. Mereka sedaya-upaya menerapkan semangat nasionalism. Lihat, semangat nasionalis telah memisahkan tali silaturrahim kita bersama saudara kita di Palestine. Negara-negara Arab hanya mementingkan negara mereka sendiri sahaja. Apatah lagi negara-negara yang dipisahkan dengan ribuan kilometer jauh dari Palestine. Inilah dia semangat nasionalism!

Semangat nasionalism menjadi nadi kehancuran perpaduan kaum muslim! Sungguh, para pejuang nasionalis sudahpun tersesat dengan idea kapitalis yang rosak lagi merosakkan ini. Apa yang lebih menyedihkan lagi, ada juga pihak yang memandang masalah ini hanyalah masalah kaum Arab. Tidak cukup dengan itu, umat Islam di Palestine yang sememangnya terpisah dengan kaum muslim lain di serata dunia, dipisahkan lagi dengan sempadan Gaza dan Tebing Barat. Justeru, ramai pihak memandang bahawa Gaza-lah yang perlu diselamatkan kerana kawasan tersebut dikuasai oleh Hamas. Sungguh, mereka tertipu dengan semangat asobiyyah yang sesat lagi menyesatkan.
 

Ketahuilah, setiap inci dan penjuru Palestine wajib dibebaskan daripada genggaman Yahudi mahupun pihak berhaluan sekular (Fatah). Tiada hak bagi kaum kafir harbi Yahudi di bumi Palestine walaupun sejengkal! Hanya dengan mengerahkan bala tentera ke kawasan sebesar gelang itu dapat mencabut kekuasaan Yahudi di bumi Palestine dan ia merupakan tanggungjawab pemerintah! Wahai pemerintah yang mempunyai kuasa, apakah jawapan kalian untuk dakwaan-dakwaan umat Islam yang menderita ketika mereka mendakwa kalian di hadapan Allah kelak?! Sesungguhnya bumi Gaza, seluruh Palestine, dan bumi Islam yang lain sedang menunggu pembelaan daripada seorang Khalifah yang merupakan junnah (perisai) kepada ummat! 




PALESTIN TAK PERNAH GENTAR! 

"Seorang wanita mencari anak
gadisnya hilang dalam
timbunan puing-puing bangunan runtuh,
peluru bersimpang-siur berdesir di telinganya,
dia terus menjerit dan meraung-raung atas kehilangan itu.

Wanita itu berlari-lari anak tanpa arah lagi
mencari anak lelakinya yang masih kecil
yang terlepas daripada pautan tangannya
dan dilihat di celah-celah
gelimpangan mayat-mayat itu
ada sekujur mayat kanak-kanak
yang masih memegang senapang mainan
di tangannya,
itulah anaknya.

Wanita itu terus menangis serta
menampar-nampar mukanya
mencari suaminya
dan di lantai dilihatnya titisan darah
Syahid!!!Syahid!!!Syahid!!!Jeritnya.

Seorang lelaki sedang mengusung
jenazah sahabatnya
yang berlumuran darah,
kepalanya telah terkulai,
yang lain sedang menjerit-jerit
mencemuh dan memohon pertolongan
dan manusia di bumi Palestin sangat
gawat,
dentuman bom seperti membelah bumi,
peluru seperti taufan membedil musuh
dan lawan."

tegarkah kamu sumer mlht saudara2 kite dibunuh oleh YAHUDI LAKNATULLAH...
ayuh tmn2...
same2 la kite boikot brngn yahudi..
salam..


same2 la kite berdoa...InsyaAllah..

::: HANDS FOR GAZA :::




Monday, October 1, 2012

Salam ImtiHan

 
DiKesempatan ini Saya ingin Mengucapkan Bitaufiq Wannajah buat Semua Warga SEJATI dalam Menghadapi Peperiksaan Akhir Sesi 2012/2013....

mulakan dengan BISMILLAH.., jangan tensen-tensen,;; jawab soalan yang senang dulu, pilih jawapan betul-betul.



explain jawapan sepanjang-panjangnya, jangan risau pape, jawab soalan objektif dengan pensel, nanti senang pensyarah nak betulkan jawapan kita..:D



STUDY SMART NOI HARD...n_n

Buat yg terbaik kemudian berserah,bertawakal dan berdoa padaNya agar kita semua memperolehi keputusan yg lulus dgn cemerlang,amin...

"sekuat manapun godaan yang kita hadapi,
sekuat apa pun cubaan yang harus kita jalani,
sebesar apa pun kegagalan yang kita rasai,
sejauh mana pun hari-hari yang kita lalui,
JANGAN pernah berhenti berharap dari pertolongan Ilahi,
kerana harapan adalah masa hadapan,
kerana harapan adalah sumber kekuatan,
kerana doa adalah pintu kebaikan dan
kerana doa adalah senjata orang yang beriman."

-Trust In Allah- 
~May Allah Give His Help, Answers, Solutions, And Ways Of Being PATIENT.~ n_n

Tuesday, September 11, 2012

JAMUAN HARI RAYA SEJATI

 
Alhamdullilah,, Bersyukur Kehadrat Illahi atas kurnia dan Inayahnya dapat juga kita bersama2 sekali lagi berkumpul bersama2 didalam Majlis JAMUAN HARI RAYA SEJATI yang berlangsung pada 9/9/10,,,,,Setinggi-tinggi Penghargaan buat Akhi Iman bersama2 'BALA TENTERANYA' kerana berjaya melaksanakan Program tersebut dengan Jayanya...=)
SEmoga Ukhuwah yang terjalin antara kita Semua Kekal buat Selama-lamanya.... Ukhuwah adalah suatu NIKMAT yang diberikan oleh Allah SWT kepada umat Islam. "Dan ingatlah akan nikmat Allah kepadamu ketika kamu dahulu (masa Jahiliyah) bermusuh-musuhan, maka Allah mempersatukan hatimu, lalu menjadilah kamu kerana nikmat itu, sebagai orang-orang yang bersaudara." (Ali 'Imran 3: 103)

Ya Allah Engkau mengetahui bahawa hati-hati ini telah berkumpul kerana mengasihimu...bertemu untuk mematuhiMu, bersatu memikul beban dakwah mu..Hati-hati ini telah berjanji setia untuk mendaulat dan menyokong syari'at Mu, maka eratlah " Ya Allah akan ikatannya ..kekalkan kemesraan antara hati-hati ini..tunjuklah kepada hati-hati ini akan jalannya..Penuhkan hati ini dengan cahaya RABBANIMU...yang tidak kunjung malap..Lapangkan hati-hati ini dengan limpah iman dan keyakinan dan keindahan tawakalMu..Hidup suburkan hati-hati dengan MA'RIFAT tentangmu...maka matikanlah pemilik hati-hati ini sebagai syuhada' dalam agama Mu..Engkaulah sebaik-baik sandaran dan sebaik-baik penolong.....


Dari Abdul Rahman bin Abi Laila rah.a berkata, kami telah diceritakan oleh sahabat Nabi s.a.w : Satu ketika beliau bersama Nabi s.a.w di mana seorang sahabat telah tertidur.  Ketika dia nyenyak tidur, seorang sahabat telah mengambil tali kepunyaannya (semata-mata untuk bergurau sahaja).  Apabila sahabat tadi membuka matanya dan didapatinya talinya telah hilang disisinya, dia begitu susah hati.  Kerana itu Nabi s.a.w bersabda: Tidak halal bagi seorang Islam menakut-nakutkan seorang Islam yang lain.
(Hadith riwayat Abu Daud)
 
















Friday, August 31, 2012

Ukhuwah PelanGi SEJATI..n_n

 Waktu yang sangat tak terasa semua nya telah selesai,, perjalanan yang melelahkan namun tetap harus menjadi suatu perkara yang melilllahkan,,, menuntut kami untuk tetap bertahan,, sesekali kecewa,, sedih pun kadang-kadang ada,, namun itulah pelangi yang memberikan warna dalam keluarga SEJATI ini,, pelangi yang indah yang membuat tali ukhuwah ini semakin erat,, dengan jumlah yang Alhamduluillah mencukupi,,, meskipun sesekali kewalahan,, namun hal itu pula yang menjadi pelangi di sini,, dari awal perjuangan terasa begitu bahagia bersama kawan seperjuangan yang sentiasa bersama di sini,,Namun sekali lagi itulah pelangi yang mewarnai keluarga SEJATI ku ini,, sepekan penuh kami berjuang melakukan yang terbaik untuk berbakti kepada masyarakat,, gurau,, tawa,, riang,, selalu menyertai gerak langkah kita,, Subhanallah selalu ada keajaiban yang terjadi hari demi hari di bumi UniSZA ini,,, kami pun rela waktu kami tersita untuk menghadapi cabaran bersama,, dengan sekuat tenaga kita berjuang,, ada yang berjuang meminta izin agar dapat menemani kawannya,, tempat yang penuh dengan keceriaan... 
Kekesalan,, kekecewaan kerap kali menghinggapi kita,, namun pada akhirnya rasa itu hilang dengan sendirinya,, hilang di telan keceriaan kita setiap harinya,, terasa indah pada "waktu” itu,, seolah” kita sudah menjadi keluarga yang kukuh yang tak ingin di pisahkan dan terpisahkan oleh apa dan siapapun,, meskipun kawan” yang lainnya tidak ikut serta dalam perjuangan kami di bumi UniSZA ini,, namun atas kekuasaan Allah lah kita dapat menempuhnya.. Dan yakin akan do’a” yang dipanjatkan kawan seperjuangan yang lainnya.. Kerap kali ego masing” menghinggapi namun nasehatlah yang merendam semuanya,, saling menguatkan dan mengingatkan,, itulah yang aku suka meskipun sesekali aku pun marah terhadap Sahabat2ku sendiri,, hmmmmm.. namun ntah apa yang menyebabkan rasa marah itu hilang kembali,, betapa aku menyanyangi mereka dengan sepenuh hati,, aku menyayangi mereka melebihi diriku sendiri,, (Insyaallah) aku ingin mencintai mereka karena Allah.. Perjuangan dari awal sampai akhir yang dilakukan bersama” membuat pelangi itu semakin indah,,, dengan berbagai perkara yang terjadi,, ujian,, keajaiban yang diberikan-Nya seolah-olah tidak berhenti,, namun selalu saja Dia mengirimkan keajaibannya untuk kita...
Yakin akan janji-Nya,, bagi orang yang berjuang di jalan-Nya dengan harta mahupun jiwa-Nya adalah syurga-Nya,
 
INSYAALLAH....UKHUWAH FILLAH ABADA ABADAN....
Terus dan tetaplah mencari redha-Nya untuk kita mencapai Syurga-Nya hingga kita bertemu kembali dalam pertemuan yang haqiqi.

·        
 "Jangan jatuhkan Cinta Tetapi Bangunkanlah Cinta itu."

Friday, July 20, 2012

ukhwah SEJATI's DAY......



Bismillahirahmanirahim....alhamdulilah...syukur ke hadrat ALLAH SWT kerana memberi kesempatan kepada kita untuk saling kenal mengenal,beramah mesra sesama kita pada hari ukhwah SEJATI tempoh hari..Subhanallah...


Salam syaban salam sejati kepada semua….di sini bukan hendak melalak atau hendak mecari glamor tapi hanya ingin berkongsi aktiviti yang lalu…yang dilalui oleh kaum kerabat SEJATI yang sangat sporting pada masa itu…al kisahnya…
^-^  Tepat pada pagi jumaat yang indah dan penuh barakah ,SEJATI telah mengadakan satu program ukhwah antara yang terlibat adalah sem 1 & Sem 3…..tahniah kepada yang dapat datang program ini…program yang dijalankan ini dengan kerjasama ajk2 penyalaras iaitu yang terdiri oleh Mohammad Aizuddin,Nurul Farhana Hussain,Nur Nazihah ,Nurul Farhaniza,Wan Nadiatul Firda Auliya,Mohammad Bin Mukhlas ,Mohd Nur Amri dan ajk2 makan Iaitu Fatihah,Aisyah Ismail ,Aisyah Mustafa .
Program ini bermula dengan aktiviti explorace yang melibatkan sem 1 sahaja sebagai peserta manakala sem 3  menjaga checkpoint yang diberi…Explorace selesai kira-kira pukul 12.Kemudian semua ahli SEJATI menjamu selera dengan makanan yang sedap .
Setelah selesainya solat jumaat,ahli-ahli kembali berkumpul untuk permainan seterusnya iaitu “KAPAL LANUN” dan “RASA SAYANG” serta “BELON AIR”.Rata-rata permainan sebelah petang dimonopoli oleh kaum lelaki yang sangat sporting dan aktif.Akhir permainan,sesi bergambar dijalankan untuk merakam saat-saat indah dan untuk dijadikan kenangan.^-^
Tujuan atau motif program ini dilakukan adalah untuk merapatkan ukhwah antara ahli-ahli SEJATI dan untuk kenal secara lebih rapat antara satu sama lain… insyallah…
Akhir kalam….diharap semua ahli-ahli SEJATI dapat memanfaatkan  peluang ini untuk kenal antara satu sama lain..Dan juga  pihak ajk penyalaras serta ajk tertnggi mohon maaf di atas salah dan silap serta kekurangan sepanjang program ini berlangsung….

sem 3... ^_^


ha minum..jgn x minum...sedap2...

1...2...3....baling....




p/s :minta maaf atas kelambatan untuk entry neh ...alhamdulilah dipermudahkan ALLAH.sEKAli lagi SELAMAT MENYAMBUT BULAN BARAKAH,bulan RAMADHAN....

Thursday, July 19, 2012

Biar RamadHan BerbIcaRa..




 



Heeiiiii !!!!!!!!!!
Ada orang tak?
Kau kat mana?
Kau masih ada kat situ lagi ke???

Kau kata kau rindu…
Tapi bila dengar aku nak datang kau langsung tak tunggu…
Kau kata kau suka,
Tapi bila dengar aku dah dekat kau langsung tak buat apa-apa…
Kau kata kau sayang,
Tapi bila dengar aku akan kembali,
kau macam tak ambil peduli…

Kenapa kau buat begitu?
Aku tak paksa kau rindu,
Aku tak paksa kau sayang,
Aku pun tak paksa kau suka.

Kerana ramai lagi orang yang rindu kat aku,
Berlambak orang kat luar sana tu sayang kat aku,
Tak luak pun kalau kau kata kau tak sayang aku.

Tapi kaulah yang rugi,
Aku bukan macam yang lain,
Kelebihan aku banyak,
Hanya orang yang betul-betul sedar je yang faham hakikat ni.

Cuma satu je nasihat aku kat kau,
Jangan pernah ucap rindu sedangkan diri tak ambil tahu.
Jangan pernah ungkap suka kalau tahu diri tu tak bersedia.
Jangan pernah lafaz sayang kalau sekadar ikut-ikut orang.

Berita baiknya sebab aku masih beri peluang…
Tolong jangan sia-siakan aku..
sebab sekali kau terlepas,
tak mungkin aku kan kau miliki….

-isi hati Ramadhan-

CREDIT TO: PENYELESAIANMASALAH .BLOGSPOT.COM

Sunday, June 24, 2012

~RENUNGAN BERSAMA~









Alhamdulillah, Segala Puji Bagi Allah SWT Tuhan Sekalian Alam dan Puji-pujian yang tinggi selayak-layaknya hanya untuk Allah SWT. Semoga kita semua sentiasa berada di dalam Rahmat Allah SWT... Amin Ya Rabbal Al-lamin...

Baiklah, terlebih-lebih dahulu ana mengucapkan Selamat Datang kepada Adik-adik Junior Sekalian ke dalam Syu'bah Diploma Pengajian Islam Sejarah Dan Tamadun Islam(SEJATI).. Dan ana harap masih belum terlambat untuk ana mengucapkannya.. Insya Allah..

Straight to the point...

Perjalanan antum ke tahap yang tinggi atau ke dunia yang lain ke alam yang lain tau sewaktu dengannya.. Adalah satu titik permulaan untuk antum sekalian mengenali siapa diri antum yang sebenarnya.. Di mana ia menjadi ukuran sejauh mana tahap kematangan antum semua untuk menghadapi suatu yang baru dan berlainan daripada Sekolah tadika hingga ke Sekolah Menengah.. So, Berhati-hatilah.... Jaga diri baik-baik...Cabaran dalam U dan SM sangat berbeza... Disini tidak akan ada Guru atau Ustaz/tazah datang ketuk pintu bilik untuk kejutkan antum waktu subuh... Disini takkan ada Guru Disiplin marah-marah untuk mendisiplinkan antum sepanjang masa...Semuanya, Bergantung pada diri sendiri... Jadi Fikir elok-elok...

Then, Apa yang paling penting sekali ialah Perbetulkan Niat antum untuk berada di dalam Unisza.. dalam mana-mana buku hadis pun..Hadis First sekali ialah, Inna akhmalu binniat... Rasulullah SAW bersabda, barang siapa yang berhijrah semata-mata kerana Allah dan Rasulnya maka dia akan mendapat redha Allah SWT dan Syafaat Rasulullah SAW...Namun, Barangsiapa yang berhijrah kerana perempuan atau isi dunia ini.. Maka, hanya itulah yang akan dia dapat...Redha Allah SWT..jangan harap untuk dapat... Renung-renungkan..

Ikhlaskan hati kita semua, biarlah niat kita menuntut ilmu semata-mata kerana ingin mencari Redha Allah SWT.. Andai kita berniat untuk menjadi seorang imam kepada masjid, nak bimbing Ibubapa/Isteri/anak-anak/masyarakat dll.. Niat tue bagus...tak menyalahi Syarak..Namun, kita kena sedar bahawa kehidupan kita ini adalah semata-mata ingin mencari Redha Ilahi... Bila niat kita semata-mata hendak mendapatkan Redha Ilahi...Insya Allah... Allah SWT akan berikan kita Bonus di dunia ini..Insya Allah...

Adik-adik sekalian... Muslimin dan Muslimah...Jagalah aurat kalian, jagalah batas pergaulan kalian, jagalah Maruah kalian.... 

And

Lagi satu, Meskipun kitanie kos Pengajian Islam... tolong ingat..Bahwa, kitanie adalah Umat Islam...Dan Umat Islam itu bersaudara..So, janganlah ada sifat Assahbiah dalam hati ini...Sebarkanlah Salam kepada Saudara-saudara SeIslam di Fakulti-fakulti yang lain.. Kerana mereka juga adalah Saudara SeIslam.. Hatta, ada di antara mereka punya ilmu agama yang lebih tinggi daripada pelajar-pelajar dalam Fakulti Pengajian Islam... Wuallahuallam...

Akhir Kalam, apa yang ana tujukan dalam entry ini, juga turut ditujukan  kepada diri ini... Agar menjadi peringatan buat diri ini yang sering lalai dan lagha kepada Allah SWT...Ambil yang jernih buang yang keruh...Wuallahuallam...


Bismillahirahmannirrahim....Semoga Allah SWT mengikat hati-hati kita semua untuk Saling mengasihi hanya kerana Allah SWT... Biarlah Ukhwah yang terbina diantara kita semua merupakan Ukhwah yang sentiasa mendapat Rahmat dan Barakah daripada Allah SWT dan Diredhai Allah SWT...Amin Ya Rabbal al-lamin...



Friday, June 22, 2012

erTi SyaBaN !!







Erti Syaaban ialah berpecah-pecah atau berpuak-puak. Masyarakat Quraiysh pada waktu itu terpaksa berpecah kepada beberapa kumpulan untuk mencari sumber air di padang pasir.
Dan apabila Rasulullah SAW datang, beliau mengekalkan nama itu sehinggalah sekarang. Rasulullah SAW telah menyebut tentang pelbagai kelebihan bulan Syaaban dalam hadis-hadisnya.
Diantara hadis yang paling masyhur ialah: Rasulullah SAW bertanya kepada sahabat-sahabatnya, "Tahukah kamu sekelian mengapa dinamakan dengan bulan Syaaban?" Para sahabat menjawab, "Allah dan RasulNya lebih mengetahui." Sabda Rasulullah SAW, "Kerana dalam bulan itu berkembanglah kebaikan yang banyak sekali." (Dipetik dari kitab Raudatul Ulama).
Fadhilat Syaaban
Bulan Syaaban merupakan bulan kedua selepas Rejab yang penuh dengan keberkatan.
Sebahagian ahli hikmah menyatakan bahawa sesungguhnya bulan Rejab adalah kesempatan untuk meminta ampun dari segala dosa, pada bulan Syaaban adalah kesempatan untuk memperbaiki diri dari segala macam cela dan pada bulan Ramadhan adalah masa untuk menerangkan hati dan jiwa.
Di antara amalan-amalan yang digalakkan pada bulan Syaaban adalah:
1: Memperbanyakkan puasa sunat
Sebagaimana yang telah dijelaskan terdahulu bahawa Rasulullah SAW lebih gemar untuk berpuasa sunat dalam bulan Syaaban berbanding dengan bulan-bulan yang lain.
Justeru itu adalah patut bagi kita selaku umat Baginda mencontohinya dalam memperbanyakkan puasa sunat bagi menyemarak dan mengagungkan bulan Syaaban ini.
Di dalam kitab Durratun Nasihin ada menyebut sebuah hadis yang menyatakan bahawa Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya: "Barangsiapa berpuasa tiga hari pada permulaan Syaaban dan tiga hari pada pertengahan Syaaban dan tiga hari pada akhir Syaaban, maka Allah Taala mencatat untuknya pahala seperti pahala tujuh puluh nabi dan seperti orang-orang yang beribadat kepada Allah Taala selama tujuh puluh tahun dan apabila dia mati pada tahun itu maka dia seperti orang yang mati syahid."
2: Memperbanyak doa, zikir dan berselawat kepada Rasulullah SAW
Sabda Rasulullah SAW: "Barangsiapa yang mengagungkan bulan Syaaban, bertaqwa kepada Allah, taat kepada-Nya serta menahan diri dari perbuatan maksiat, maka Allah Taala mengampuni semua dosanya dan menyelamatkannya di dalam tahun itu dari segala macam bencana dan penyakit." (Dipetik dari kitab Zubdatul Wa'izhin)
3: Bertaubat
Diriwayatkan dari Umamah Al Bahili Radiallahuanhu, dia berkata: Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya: "Manakala masuk bulan Syaaban, sukacitalah dirimu dan perbaiki niatmu."
Peristiwa-peristiwa penting di Bulan Syaaban
1. Malam Nisfu Syaaban
Dari Abi Hurairah ra dari Nabi Muhammad SAW bersabda maksudnya : "Telah datang Jibril as pada malam Nisfu Syaaban dan dia berkata, Ya Muhammad, pada malam ini pintu-pintu langit dan pintu-pintu rahmat dibuka, maka berdirilah dan kerjakan sembahyang lalu angkatlah kepalamu dan kedua tanganmu ke langit!" Kata saya (Nabi Muhammad SAW): "Hai Jibril, apakah erti malam ini ?" Dia (Jibril) menjawab: "Pada malam ini telah dibuka 300 pintu rahmat, maka Allah telah mengampuni orang-orang yang tidak mensyirikkan Allah dengan sesuatu kecuali ahli sihir, bomoh hitam, orang-orang yang suka permusuhan/pergaduhan, peminum arak, orang-orang yang berbuat zina, pemakan riba, orang-orang yang derhaka kepada kedua orang tua, orang-orang yang suka mengadu domba (batu api) dan orang-orang yang memutuskan tali persaudaraan, maka sesungguhnya mereka itu tidak akan diampuni kesalahannya sehingga mereka mahu bertaubat dan tidak akan mengulang lagi atas perbuatannya itu."
Maka pergilah Nabi Muhammad SAW untuk mengerjakan sembahyang serta menangis di dalam sujudnya dengan membaca: "Ya Allah sesungguhnya aku berlindung kepadaMu dari seksaMu dan murka Mu dan aku tidak menghitung-hitung pujian kepadaMu, sebagaimana Engkau memuji kepadaMu sendiri, maka segala puji bagiMu sehingga Engkau redha." Dipetik dari Kitab Zubdatul Wa'idzin.
2. Penukaran Arah Kiblat
Pada awal diwajibkan perintah solat kepada umat Islam, Rasulullah SAW dan para sahabat berkiblatkan Baitul Muqaddis. Ini telah menjadi satu kontroversi pada waktu itu.
Umat Yahudi telah mendakwa bahawa agama mereka adalah benar dan diredhai oleh Allah SWT kerana umat Islam telah meniru arah ibadat mereka iaitu menghadap Baitul Muqaddis.
Umat Islam telah ditohmah dengan berbagai-bagai tohmahan dan ujian. Para Sahabat RA telah mengadu kepada Rasulullah SAW dan Rasulullah SAW menyuruh mereka agar terus bersabar dengan ujian itu sehinggalah ada perintah baru dari Allah SWT.
Allah SWT Maha Mengetahui dan Maha Mendengar tentang apa yang berlaku pada ketika itu. Allah SWT telah mewahyukan agar Rasulullah SAW mengadap ke Baitullah Kaabah.
Sebahagian ulama sirah meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW menerima wahyu perintah mengadap Baitullah pada 15 Syaaban semasa beliau mengimamkan solat.
Sebahagian ulamak mengatakan pada solat Asar, ada yang mengatakan Maghrib dan ada yang meriwayatkan pada solat Isya'. Rasulullah SAW sebagai imam terus mengadap ke Baitullah dan diikuti oleh para sahabat sebagai makmum.
3. Peperangan Bani Mustaliq (Muraisi')
Bani Mustaliq ialah salah satu puak dari kaum Yahudi. Mereka telah merancang untuk membunuh Rasulullah SAW dan berita ini disampaikan kepada Rasulullah SAW oleh seorang sahabat dari puak badwi.
Peperangan ini adalah turutan dari peperangan bani Quraizah, kaum yahudi yang telah dihalau oleh Rasulullah SAW keluar dari Madinah.
Peristiwa ini terjadi pada bulan Syaaban, 5H. Pasukan kaum muslimin dapat melumpuhkan pasukan Bani Mustaliq.
Sebagian pasukan Bani Mustaliq ada yang ditawan, termasuklah salah seorang puteri pemuka Bani Mustaliq yaitu Barrah, yang nama lengkapnya adalah Barrah binti al-Harris bin Dirar bin Habib bin Aiz bin Malik bin Juzaimah Ibnu al-Mustaliq. Al-Harris bin Dirar, ayah Barrah adalah pemimpin Bani Mustaliq.
Barrah telah menjadi tawanan perang milik Sabit bin Qais. Disebabkan Barrah ini seorang perempuan yang cerdik, ia meminta untuk dibebaskan dari Sabit bin Qais, setelah diadakan pembicaraan, Sabit bin Qais meminta tebusan yang mahal.
Tetapi, Barrah waktu itu langsung menemui Rasulullah SAW untuk membicarakan masalah tebusan bagi dirinya.
Kemudian Rasulullah SAW pada waktu itu menyetujui membebaskan Barrah dan menebusnya dari Sabit bin Qais dan terus menikahi Barrah dan Rasulullah SAW mengganti nama Barrah menjadi Juwairiyah.
Tindakan Rasulullah SAW ini telah memberi banyak faedah kepada umat Islam ketika itu, diantaranya ialah ramai dikalangan Bani Mustaliq yang memeluk Islam dan terpadamnya dendam permusuhan di antara umat Islam dan Bani Mustaliq

Oleh itu mari kita sama-sama merebut fadhilat bulan syaban ini..insyalllah... .^_^. (cahayafarhan)

Tuesday, May 15, 2012

HunGer StriKe In IsRaeli PrisOns!


*In solidarity with more than 3000 Palestinian prisoners who are on hunger strike*

The Palestinian Prisoners on Hunger Strike need your Help,
Please Share this Status with your friends to spread Awareness about the biggest hunger Strike in history..

Bilal Thiab ... 76 Days
Thaer Halahleh ... 76 Days
Hassan Safadi ... 70 Days
Omar Abu Shallal ... 68 Days
Mohammedd Al-Taj ... 60 Days
Mahmoud Sarsak ... 54 Days
Faris Al-Natur ... 47 Days
Ja'far Ezz Al-Din ... 53 Days
Abdallah Al-Barghouthi 32 Days
more than 2000 Prisoner .... 27 Days
 Letz Show our Solidarity to our brothers and sisters in Palestine..!!
Allahuakbar..!! jangan fikir ini satu benda yang kecil..
Allah kira ini satu amalan..satu sokongan..satu doa..!!
Ayuh kita mohon bersama..!! ayuh..!!

Ya Allah, Sesungguhnya kami meletakkan-Mu di batang-batang leher musuh2 kami Dan kami berlindung dengan-Mu daripada kejahatan2 mereka Ya Allah,

Ya Allah, Leburkanlah kumpulan2 mereka Pecah belahkan dan kacau bilaukan persatuan mereka Goncangkan pendirian mereka Dan hantarkanlah anjing2 kamu kepada mereka

Wahai tuhan yang gagah perkasa Wahai tuhan yang penuh raksasa Wahai tuhan yang bersifat murka

Ya allah Ya allah Ya allah Ya allah,

Wahai tuhan yang menurunkan kitab, Wahai tuhan yang mengarakkan awan Wahai tuhan yang menewaskan bala tentera al-ahzab Kalahkan mereka Kalahkan mereka Kalahkan mereka Dan menangkan kami ke atas mereka..


Share it..moga ada dikalangan kita..yang mustajab doanya..
From The River to the Sea PALESTINE WILL BE FREE..
Join Us..
tunjukkan usaha kecil ni tanda kita bersama mereka..
insyaallah..Allah kira ini satu amalan buat kita..

Tunjuk..dan Doa.. insyallah..

Tuesday, May 1, 2012

~NILAI SEORANG SAHABAT~



Kita bersaudara tak guna marah-marah...air yang dicincang tak akan putus..
Sahabat bukan seseorang yang senang untuk kita temui
Kita boleh memiliki 1000 Sahabat dengan mudah
Tak kira walau dimana kita berada
Namun, berapa ramai Sahabat yang kita temui 
Adalah Sahabat yang sebenar pada kita
Datang untuk membantu kita disaat kita kesusahan
Datang untuk menghiburkan kita dikala kita kesedihan
Dan, datang pada kita disaat kita memerlukan mereka
Ternyata ia amatlah sukar untuk kita temui..

Namun, Sekiranya kita telah mendapat seorang Sahabat yang Sebenar
Ingatlah, Hargailah ia sebagai seorang Sahabat...
Dampingilah ia dengan kasih sayang sebagai seorang Sahabat..
Sayangilah ia seperti kita mencintai keluarga kita
Kerana ia adalah pengganti kepada keluarga kita 
Tatkala, kita berada jauh dari mereka...

Janganlah diabaikan nilai Seorang Sahabat...
Karena, bila kita sudah kehilangannya..
Disitulah kita akan merangkak-rangkak semula
Untuk mencarinya..meminta pertolongan darinya
Rindu akan Kasih Sayang yang ia berikan pada Kita
Karena inilah nilai seorang Sahabat yang benar-benar
Menyayangi kita..

~Tidak akan sempurna Iman seseorang melainkan ia mengasihi saudaranya sendiri~

Friday, April 27, 2012

Sahabat, Hati-hati Ketika Bergurau !!




Semua manusia di muka bumi ini adalah sama, Hamba ciptaan ALLAH. Tugasnya diciptakan di atas duniaadalah untuk melakukan kebaikan dan menjauhi kemungkaran. 
"Perumpamaan persaudaraan kaum muslimin dalam cinta dan kasih sayang di antara mereka adalah seumpama satu tubuh. Apabila satu anggota tubuh sakit maka mengakibatkan seluruh tubuh menjadi demam dan tidak bisa tidur." (Hadis riwayat Muslim)
"Seorang Muslim adalah saudara muslim lainnya, ia tidak menzaliminya, merendahkannya, menyerahkan (kepada musuh) dan tidak menghinakannya."
(Hadis riwayat Muslim)
Adakalanya kita tidak merasa sedih dengan kata-kata kawan kita sebab kita selalu anggap semua itu gurauan. Betul tak?? Tapi ingin saya tegaskan disini, Kita semua manusia. Punya hati dan p;ersaan. Kadang-kadang bergurau itu bOleh tapi jagan selalu. Buatlah 5 tahun sekali ke. 10 tahun 3 kali ke. Kalau dah hari yg sama, "gurau" yg sama, macam mana kita nk tahu tuan empunya badan itu sedih ke tak??
Kepada yang gemuk:
Bayangkan kalau anda dikatakan GEMUK berulang-ulang kali oleh orang yang berlainan pada hari yang sama. Maaf,tapi jangan terasa dengan penulisan saya kali ini kerana saya juga seperti anda. Pernah merasa dihina atau cuba 'digurau'.
A: Eh,Ahmad ! ko macam belon la hari ni..
B: Ahmad, ko sorang je yang makan banyak ni wei. oh,aku paham. tengok badan la kan.
C: Dalam adik-beradik ko kan ahmad, ko ikut badan sape?
D: Eh Ahmad,kawan ko la tu (sambil tunjuk ke arah gajah)

Ya! Pada mulanya kita akan ketawa bersama-sama. Tapi kalau dalam satu masa, semua berkata benda yang sama, tidakkah itu menjadi tekanan padanya? Maaf, Ahmad hanya nama samara.
Kepada yang pendek:
Tolong juga bayangkan situasi si pendek yang mana sama dengan si gemuk tadi. Bolehkan? tidak pelikkan kalau kita jumpa orang yang PENDEK + GEMUK.
Bentuk fizikal seseorang jangan sekali-kali kita cuba perlekehkan kerana itu adalah seindah-indah ciptaan daripadaNYA. Percayalah, pasti ada hikmah dari ALLAH SWT. Jangan merasa diri kita sempurna. Banyakkan muhasabah diri sendiri dan jangan perhatikan kesalahan atau kekurangan orang lain kerana mereka juga berhak merasa gembira bukan dihina atau diperkotak-katikkan. Bukan sahaja bentuk fizikal, malah apa sahaja kelemahan yang kita nampak dari seseorang itu kerana sempurna sangatkah kita?

Sahabat-sahabat semua, janganlah kalian suka mempersendakan orang. Saya bukan sebaik dan setabah yang disangka. Kadang-kadang air mata ini tetap mengalir. Kerana saya juga manusia biasa. Saya tahu saya banyak juga kelemahan daripada anda. Mungkin dengan cara anda "bergurau" boleh menggembirakan hati orang lain tapi ingatlah bukan semua sama seperti kita. Cuba kita letakkan diri kita sebagai seseorang itu. Kadang-kadang benda yang dah biasa kita dengar kita tidak akan terasa, malah kita lali dengan gurauan tersebut. Tapi nanti bila sampai satu saat, orang yang dikata itu akan terasa. Percayalah. Mungkin itu menjadi bahan gurauan buat anda dan boleh menggembirakan hati anda tapi ingat, itu merupakan kata-kata yang memberi tekanan dan sedih sebenarnya buat si dia.
"Sebaik baik sahabat di sisi Allah ialah orang yang terbaik terhadap temannya dan sebaik baik jiran di sisi Allah ialah orang yang terbaik terhadap jirannya."
(Hadis riwayat al-Hakim)

nOte : untuk mendapat bahan bacaan yg lain, boley dptkan di  Artikel iluvislam.com dan SELAMAT membaca oke ;)

wassalam...