Saturday, April 21, 2012

SUATU PERINGATAN!!



Kubur Setiap Hari Menyeru Manusia Sebanyak Lima (5) Kali Sehari…

1. Aku rumah yang terpencil,maka kamu akan senang dengan selalu membaca Al-Quran.
2. Aku rumah yang gelap,maka terangilah aku dengan selalu solat malam.
3. Aku rumah penuh dengan tanah dan debu,bawalah amal soleh yang menjadi hamparan.
4. Aku rumah ular berbisa,maka bawalah amalan Bismillah sebagai penawar.
5. Aku rumah pertanyaan Munkar dan Nakir,maka banyaklah bacaan
“Laa ilahaillallah, Muhammadar Rasulullah”, supaya kamu dapat jawaban kepadanya.
 
 
 
 Ingatlah wahai wanita muslimah. Jika anda menganggap pakaian haram yang anda peragakan itu lebih cantik daripada pakaian yang disarankan oleh ALLAH, maka sebenarnya anda telah cuba menyatakan bahawa pakaian yang disarankan oleh ALLAH itu adalah tidak cantik. Maka, di masa anda menyatakan demikian (ditambah anda mempraktikkannya) , maka anda di saat itu sedang melakukan suatu kesyirikan yang tidak kurang besarnya, dan menunjukkan anda sungguh berani kerana perbuatan anda itu sebenarnya menunjukkan anda sedang melawan (memprotes) ALLAH. Nauzubillah.
 
 
 
 
 
 
"Apabila Seseorang Berniat Ingin Melakukan Kebaikan, Ia Akan Dicatat. Apabila Dia Berniat Ingin Melakukan Kejahatan, Ia Belum Lagi Dicatat"

Hadis Abu Hurairah r.a katanya:
Rasulullah s.a.w bersabda: Allah s.w.t berfirman kepada Malaikat pencatat amalan: Apabila hambaKu berniat ingin melakukan kejahatan, maka jangan lagi kamu menulisnya sebagai amalan kejahatan. Apabila dia melakukannya barulah kamu menulisnya sebagai satu amalan kejahatan. Jika hambaKu berniat ingin melakukan kebaikan, tetapi dia tidak lagi melakukannya, maka catatkanlah sebagai satu amalan kebaikan. Jika dia melakukannya maka catatkanlah kebaikan itu sepuluh kali ganda...
SubhanAllah...
 
P/s:
Sekadar Peringatan Bersama..." Belajar,Mengajar dan Diajar..."
"SEHATI MERUNKAI SEJARAH" 
EXCO PERHUBUNGAN DAN KOMUNIKASI
SEJARAH DAN TAMADUN ISLAM
 

1 comment:

  1. bagos sebagai peringatan...so sesama ambik and remember..hehe

    ReplyDelete