Friday, October 10, 2014

SEJATI through the months

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM..


Assalammualaikum. wbt.
Setelah sekian lama blog ini bersarang dan berhabuk tanpa new update daripada admin tidak bermaksud blog ini sudah tidak berpenghuni (maaf, ana tidak pandai mengolah ayat berbunga-bunga umpama si Romeo dan Juliet).

Lima bulan berlalu admin pun mengambil keputusan untuk menyimpulkan semua aktiviti-aktiviti yang berlangsung as we can call it, THROUGH THE MONTHS. am i rite?

Pada bulan Ramadhan yang mulia, MT dan pihak-pihak Exco kami telah sebulat suara untuk menjual juadah berbuka di bazaar UniSZA. Bak katanya nak tambah pendapatan "income". Aktiviti ini telah diseliakan oleh Exco Ekonomi SEJATI sendiri, Raja M. Imran dan Kak Norhidayah. Bermula daripada hari Ahad hinggalah Sabtu, NON-STOP. Menu utama yang disediakan ialah martabak maggi dlln. Hasil 'income' yang kami terima sangat lumayan. Mungkinkah?

Skillfullmen with a cooking posture:)
Boleh jadi calon suami.ada sapa nak?

Hasil kerja tangan mereka. Kreatif katanya.


Di bulan mulia itu juga kami telah bekerjasama dengan mahasiswa/wi kos Bahasa dan Kesusateraan Arab iaitu lebih dikenali sebagai BAHTERA untuk mengadakan iftar bersama, apatah lagi pada dahulunya kos SEJATI kami  adalah di bawah tampuk BAHTERA sebelum kami berpecah menjadi jabatan persendirian. (-,-)


 Juadah ringan yang disediakan sebelum juadah berat sempat beradu di dalam perut.

Sebulan berlalu, menjelanglah syawal yang dinantikan.. Program Syawal pada tahun ini telah dilaksanakan oleh adik-adik JUNIOR semesta 1 SEJATI. Alhamdulillah program berjalan dengan begitu lancar sekali. Kelihatan raut wajah seperti kanak-kanak tetapi pabila bersuara nampak disitu cara kematangan mereka. Itulah yang dapat saya simpulkan daripada pengarah program. haha.


Juniors ;) 

Aktiviti tukar-tukar hadiah pun berlangsung~





Antara juadah yang disediakan. Harap semua tidak terliur. haha.

Harap program-program sebegini dapat dilanjutkan untuk pimpinan seterusnya. Mungkin senang untuk merancang tetapi susah untuk dikendalikan.Sekian daripada saya.
Malam ni ade Grand Dinner. makan-makan. I'll be back.


0 comments:

Post a Comment