Tuesday, March 25, 2014

Majlis Perpisahan/Annual Grand Dinner Sejati's Student

Bismillahirrahmanirrahim. . .
Assalammualaikum.

Alhamdulillah selesai sudah Majlis Perpisahan bagi kos Sejati pada 19 Mac (Rabu) yang lepas. Begitu banyak cubaan dan rintangan yang akhirnya dapat diselesaikan oleh pihak jawatankuasa majlis kerana setiap individu telah menjalankan tugas masing-masing dengan baik (Pendapat saya).

Walaupun majlis yang diadakan agak terlajak kebelakang, dalam erti kata lain majlis yang diadakan agak terlewat tetapi atas kerjasama pelajar senior majlis dapat dijalankan dengan sempurna. Saya mewakili pihak ahlijawatankuasa majlis mengucapkan jutaan terima kasih kepada pelajar senior kerana dapat menghadirkan diri dalam majlis tersebut. 

Majlis berlangsung seawal 8.30 malam, sepertimana tentatif di bawah:


Pengendali atau Pengerusi Majlis yang dijemput khas
cc: Muhd Nizam dan Cik Adlina

Pengarah Majlis memberikan ucapan sepatah dua kata.
cc: Yazuq

Majlis telah dirasmikan oleh Ketua Jabatan Sejarah dan Tamadun Islam iaitu Dr. Muhd Zaidin bin Mat. Walaupun sibuk dengan urusan lain, beliau alhamdulillah dapat bersama-sama kami bagi menjayakan majlis.

Sedikit cenderamata yang diberikan khas oleh wakil pelajar semesta 6 iaitu Shahrul Izzat, mantan YDP Sejati kepada Ketua Jabatan sebagai kenang-kenangan apatah lagi mereka akan beransur pulang meninggalkan UniSZA setelah sekian lama menuntut di sini. Walaupun hanya sekeping gambar, tetapi amatlah besar nilainya.

Pelajar Semestar 6

Pelajar Semestar 4

Pelajar Semestar 3 

Gambar sekitar majlis :





Link Montaj AGD <-- Click here


Sekian, waAllahua'lam..

P/S: Terima kasih kepada pelajar-pelajar yang telah memberikan komen positif kepada pihak kami, dan harap maaf penulisan formal bukan genre saya.

3 comments: