Wednesday, December 18, 2013

SPORTS HEALTH FOR INTER SEJATI






Alhamdullilah, pada tarikh 13 DISEMBER 2013 (JUMAAT) yang lepas,Persatuan Mahasiswa Sejarah dan Tamadun Islam telah menjayakan satu program yang diberi nama "SPORTS HEALTH FOR INTER SEJATI" yang dikelolai oleh saudara MUHAMMAD BIN MUKLAS dan juga saudari NURUL FARHANA BINTI HUSSAIN.

Program ini bertujuan untuk merapatkan lagi ukhuwah sesama ahli2 Sejati yang terdiri daripada Semester 6,4 dan juga 1.. ianya juga bertujuan untuk mengisi masa-masa lapang dengan aktiviti yang menyihatkan tubuh badan. Satu keunikan telah dibuat..kumpulan dibahagi mengikut 4 rumah sukan (seperti zaman sekolah) ada rumah Merah,Biru,Hijau dan Kuning. Aktiviti Muslimin dan Muslimat diasingkan supaya tidak berlaku perkara yang tidak diinginkan.

Program bermula seawal jam 8.30 pagi, Muslimin bermain futsal..Manakala muslimat berada Gym dgn aktiviti Sukan Neka..dan berakhir seawal jam 12.30 tghhari untuk memberi laluan kepada Muslimin untuk bersiap Solat Jumaat. 







 












Aktiviti disambung semula pada jam 3.00 ptg,,Muslimin berada di Gym untuk aktiviti Sukan Neka,dan Muslimat di surau Farabi untuk aktiviti Gubahan Buah Epal..




Alhamdullilah,kesemuanya berakhir pada jam 5.00 ptg,,dan diakhiri dengan penyampaian Hadiah kepada Rumah sukan yang menang..Tahniah kepada kesemua rumah sukan yang memberikan komitmen yang terbaik..semoga Program ini dapat dijayakan lagi dan dijadikan sebagai "FAMILY DAY" bagi Persatuan Mahasiswa Sejarah Dan Tamadun Islam..

Sekian..




"SEJARAH PASAK TAMADUN SEJAGAT"


0 comments:

Post a Comment