Monday, November 4, 2013

SALAM Ma'al Hijrah

إِنَّ الَّذِينَ آمَنُواْ وَالَّذِينَ هَاجَرُواْ وَجَاهَدُواْ فِي سَبِيلِ اللّهِ أُوْلَـئِكَ يَرْجُونَ رَحْمَتَ اللّهِ وَاللّهُ غَفُورٌ رَّحِيمٌ

"Sesungguhnya orang-orang yang beriman, orang-orang yang berhijrah dan berjihad di jalan Allah, mereka itu mengharapkan rahmat Allah, dan Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang"
(Surah Al-Baqarah 2: Ayat ke 218)

Salam Ma'al Hijrah

Syukur alhamdulillah, kita masih diberi peluang dan kesempatan oleh Allah SWT kerana diberi nafas dan nikmat untuk sama-sama menyambut kedatangan awal Muharam tahun 1435 Hijrah.Di kesempatan ini, kami bagi pihak Persatuan Mahasiswa Sejarah Dan Tamadun Islam UniSZA ingin mengucapkan Salam Ma'al Hijrah pada semua sahabat-sahabat muslimin dan muslimat. Semoga dengan kedatangan tahun baru ini, kita semua dapat mengambil pelbagai iktibar serta contoh tauladan dari peristiwa hijrah Rasulullah SAW sebagai panduan kehidupan kita bagi keperluan hari-hari yang mendatang.

Allah SWT berfirman yang bermaksud:

"Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah sesuatu kaum itu sehingga kaum itu mengubah apa yang ada dalam diri mereka sendiri." (Ar- Ra’d: 11)

Sabda Rasulullah SAW:

"Bermula Islam itu asing dan kelak akan kembali asing seperti semula. Maka berbahagialah orang-orang yang terpencil yang tidak banyak kawannya, iaitu orang yang melestarikan sunnahku yang sudah dirosakkan oleh manusia" (Muslim dan Tarmidzi)

Dalam kita menyambut tahun baru 1435 Hijrah ini, jgn lupa kita mendoakan kesejahteraan saudara kita yang berasa di Syria, Mesir, Myanmar dan di mana-mana saudara Islam kita yang tertindas dan terseksa..semoga Allah lindungi mereka semua dan semoga Allah tempatkan bersama-sama orang yang syahid bagi saudara kita yang terkorban..dan jangan lupa juga untuk mendoakan Mohamed Morsi yang sekarang sedang dibicarakan dan semoga beliau peroleh keadilan dan kemenangan buat Islam..amin..


Salam Ma'al Hijrah..sekian.. Wasalam..

"SEJARAH PASAK TAMADUN SEJAGAT"



0 comments:

Post a Comment