Tuesday, October 22, 2013

KEMBARA ILMIAH KETAMADUNAN ISLAM SIRI PERTAMA 2013

Assalamualaikum w.b.t

Alhamdullilah,Pada tarikh 8-10 Oktober yang lepas Persatuan Mahasiswa Sejarah Dan Tamadun Islam UniSZA telah Melaksanakan satu Program iaitu "KEMBARA ILMIAH KETAMADUNAN ISLAM" siri Pertama yang diketuai oleh Saudara Nur Muhammad Amri dan telah disertai oleh Pelajar-pelajar Diploma Sejarah dan Tamadun Islam UniSZA Semester 5..Antara destinasi yang menjadi pilhan ialah ITBM (INSTITUT TERJEMAHAN BUKU MALAYSIA),PSN (PUSAT SAINS NEGARA),dan juga UIAM (UNIVERSITI ISLAM ANTARABANGSA MALAYSIA).. 

Tujuan Utama Program ini dilaksanakan adalah bertujuan sebagai satu Platform kepada pelajar-pelajar Sejarah dan Tamadun Islam,Kemana tujuan mereka selepas tamatnya diploma.. dan serba sedikit program ini dapat menjawab persoalan-persoalan yang sering dilontarkan oleh pelajar-pelajar Diploma Sejarah dan Tamadun Islam kemana arah tuju mereka selepas ini..dan juga dapat menangkis perspektif yang negatif yang mengatakan Diploma Sejarah dan Tamadun Islam ini tiada matlamat arah tuju yang jelas..Sebenarnya Diploma ini tiada arah tuju atau diri kita sendiri yang tiada arah tuju? sama-sama kita fikirkan..

Disini kami ingin berkongsikan beberapa pengalaman kami sepanjang "KEMBARA" ini berlangsung.

HARI PERTAMA
8/10/2013 (Selasa)

Tepat jam 10.00 Malam pelajar-pelajar semester 5 Diploma Sejarah dan Tamadun Islam telah berkumpul di foyer untuk mnunggu kehadiran bas yang bakal membawa mereka ke destinasi2 yang bakal dituju. Dan Taklimat telah diberikan oleh Saudara Amri dan juga ucapan alu-aluan dari Pengiring iaitu Ustaz Sabir (Staf Pusat Islam UniSZA).. dan Alhamdullilah kami bertolak pada jam 10.30 malam.


Persediaan difoyer sebelum bertolak




HARI KEDUA
9/10/2013 (Rabu)

Alhamdullilah,,Sedar tak sedar kami telah tiba disekitar kawasan Kuala Lumpur seawal jam 5.30 pagi..dan kami berhenti di Masjid Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur untuk bersiapkan diri juga Solat Subuh.. seusai Solat Subuh kami bersiap-siap untuk bertolak ke destinasi pertama kami iaitu ITBM (Institut Terjemahan Buku Malaysia).. Pada awalnya kami mengalami kesukaran untuk menuju ke destinasi kerana tiada yang tahu arah ke sana..dan boleh juga nak dikata 2-3 kali kami sesat disekitar kawasan Kuala Lumpur,akhirnya kami mengambil keputusan untul menelefon Staf ITBM untuk menjemput kami..dan Alhamdullilah akhirnya kami tiba ke destinasi iaitu ITBM (Institut Terjemahan Buku Malaysia)pada jam 9.00 pagi.

Muka-muka yang ceria walaupun 'SESAT'
Kehadiran kami ke ITBM telah disambut dengan baik..dan Alhamdullilah Program bermula pada jam 9.30 pagi dan berakhir sekitar jam 11.00 pagi.. Sepanjang Program di ITBM kami dijamu dengan makanan yang enak serta dikongsikan dengan pelbagai perkara antaranya peluang pekerjaan yang boleh kami perolehi di ITBM dan juga cara-cara untuk berurusan apabila untuk menterjemahkan dokumen2 penting untuk keluar negara. kami juga diperkenalkan kepada staf2 yang berkerja dibawah ITBM ada yang menterjemahkan Bahasa Inggeris,Bahasa Arab,India,Mandarin dan juga pelbagai bahasa Asing..dan Alhamdullilah serba sedikit dapat memberi kami sedikit termotivasi dan mungkin bercita-cita sebagai penterjemah bahasa suatu hari nanti,,InsyaAllah..

Selesai destinasi Pertama kami

Usai kami di ITBM, kami terus bertolak ke destinasi Kedua kami iaitu PSN (Pusat Sains Negara) yang terletak di bukit kiara tidak jauh dari Destinasi sebelumnya,,dan tidak mengambil masa yang lama untuk kami kesana..dan Tujuan utama kami disana adalah untuk memasuki  1001 Inventions: Kegemilangan Tamadun Muslim yang diadakan setiap hari diPusat Sains Negara dari jam 9pg-5ptg..ketika disana kami merasa takjub dengan pameran yang direka begitu menarik..dan banyak pendedahan yang kami perolehi dan nama-nama tokoh islam yang begitu hebat seperti Al-JAZARI yang telah mereka sebuah replika “Jam Gajah” dari abad ke-13 yang berukuran setinggi 20 kaki...Jam ini menggabungkan teknologi dari tamadun purba dan mempelopori konsep automasi. Al-Jazari juga tampil sebagai watak utama dalam filem orientasi pameran ini, "The Library of Secrets" yang dibintangi oleh pelakon pemenang anugerah Oscar, Sir Ben Kingsley. Filem ini telah memenangi lebih daripada 20 anugerah industri termasuk pengiktirafan "Filem Terbaik" di Cannes, Los Angeles dan di New York Film Festival. Sehingga kini, filem itu telah dimuat turun lebih daripada 20 juta kali.




 



















Alhamdullilah,,setelah puas kami menerokai Pusat  Sains Negara..kami mengambil keputusan untuk berjalan-jalan di sekitar KL sehingga jam 9.00 malam dan terus ke bangi untuk menginap dan merehatkan diri untuk persiapan perjalanan hari esok..



HARI KETIGA
10/10/2013 (Khamis) 

Seawal Jam 7.00 pagi kami bersiap-siap untuk check out dari penginapan bagi meneruskan perjalanan ke destinasi terakhir kami iaitu UIAM (Universiti Islam Antarabangsa Malaysia)Gombak.

Wajah2 yang penat menunggu Bas dari penginapan lelaki



Kami tiba agak lewat sedikit dari waktu yang dijadualkan,dan Alhamdullilah kami telah disambut oleh rakan-rakan Historium UIAM pada jam 10.00 pagi dan kami telah didedahkan dengan pelbagai maklumat berkenaan kelayakan kemasukan degree dalam kos History di UIAM dan setelah itu kami dijamu dengan sedikit sarapan di bilik khas untuk tetamu.. 

Seterusnya memperkenalkan kami kawasan kampus UIAM Gombak dan juga perpustakaan UIAM..setelah itu kami dijemput untuk menghadiri satu majlis Gathering pelajar Historium tahun pertama..babak yang paling kami suka sewaktu ini adalah ketika cabutan bertuah..majoriti yang mempunyai no yg membawa 'tuah' adalah peserta-peserta Kembara ini..Tahniah buat mereka.. 

Usai sahaja majlis tersebut kami dijemput ke bilik khas tetamu tadi untuk menjamu selera makanan tengahhari yang telah disediakan.. Alhamdullilah layanan yang diberikan cukup2 memuaskan hati kami..dan kami berhasrat untuk ke UIAM lagi jika diizinkan.. InsyaAllah..


Alhamdullilah,,usai sahaja kami di UIAM kami terus bergerak ke LRT Gombak untuk menurunkan beberapa pelajar yang ingin terus pulang ke kampung halaman (cuti semester),,dari 40 orang didalam bas hanya 12 orang sahaja yang pulang ke UniSZA Terengganu..

Kepada rakan-rakan selamat bercuti.. dan kami berharap program ini akhirnya dapat mencapai objektif yang telah kami tetapkan dan serba sedikit dapat membantu kami semua dalam memilih arah tuju kami selepas ini.. dan juga kami berharap program ini mampu dijadikan sebagai TRADISI Persatuan Mahasiswa Sejarah dan Tamadun Islam pada masa yang mendatang..Sekian



"SEJARAH PASAK TAMADUN SEJAGAT"

3 comments:

  1. hope lebih banyak program kembara ilmiah dianjurkan..awesome..!

    ReplyDelete
  2. slm, boleh kongsi x sedikit sebanyak peluang pekerjaan untuk kos sejarah ni. tq

    ReplyDelete
  3. slm, boleh kongsi x sedikit sebanyak peluang pekerjaan untuk kos sejarah ni. tq

    ReplyDelete