Esok (8 Ogos 2013) dijangka seluruh ummat Islam di Malaysia dijangka akan menyambut 1 Syawal 1434H. Inshaa Allah.
Jadi, pada malam ini ialah Malam Aidilfitri atau lebih dikenali sebagai
Lailatul Jaizah, suatu malam yang patut kita penuhinya dengan beribadat
yang menjanjikan beberapa kelebihan.
Rasulullah SAW bersabda:
“Lima waktu tidak ditolak sesuatu doa itu iaitu pada malam Jumaat,
malam 10 Muharam, malam Nisfu Syaaban, malam Aidilfitri dan malam
Aidiladha.”
(Riwayat Bukhari dan Muslim)
Sebuah lagi hadis
menjelaskan;
“Sesiapa beribadat pada dua malam hari raya iaitu
Aidilfitri dan Aidiladha, maka hatinya tidak akan mati pada saat hati
orang lain mati.”
Hendaklah memperbanyakkan takbir (membesarkan
Allah), tasbih (mensucikan Allah), tahmid (mengucapkan syukur) dan
berselawat ke atas junjungan Rasul SAW.
Beberapa amalan lain yang dianjurkan pada Aidilfitri termasuk:
SEBELUM 1 SYAWAL
- Memastikan pembayaranan zakat fitrah bagi diri dan tanggungan. - Menghiasi diri dan tempat tinggal supaya kelihatan bersih dan cantik. - Mengelakkan pembaziran sambutan raya dengan persiapan sederhana. - Memperbanyakkan amalan sunat pada malam hari raya. - Melakukan Qiamullail pada 2/3 akhir malam raya. - Melakukan iktikaf dan solat-solat sunat seperti tasbih, taubat dan hajat di masjid.
PAGI 1 SYAWAL
- Mandi sunat Aidil Firti pada pagi harinya. - Memakai pakaian bersih dan terbaik yang dimiliki. - Lelaki disunatkan memakai haruman dan wangian yang menyenangkan. - Memohon keampunan dan bermaaf-maafan ibu bapa, suami isteri dan keluarga. - Sunat menjamah sedikit makanan seperti tamar sebelum keluar menuju ke masjid.
- Menggunakan jalan berbeza sewaktu pergi dan pulang masjid supaya
dapat bertemu ramai orang dan mengucapkan salam serta tahniah. - Bertakbir, tahmid dan tahlil sehingga terbenam matahari raya pertama. - Menziarahi pusara sanak-saudara bagi bersedekah bacaan al-Quran. - Ziarah menziarahi kaum keluarga, jiran tetangga, dan sahabat handai. - Bersedekah kepada mereka yang daif dan memerlukan. - Mengelakkkan perkara-perkara yang ditegah syarak.
Diriwayatkan Bukhari dan Ahmad, daripada Anas katanya:
“Nabi Muhammad
SAW makan beberapa biji tamar sebelum keluar pada pagi Aidilfitri dan
Baginda memakannya dalam bilangan ganjil.”
Makan itu adalah tanda tidak
berpuasa dan bersyukur dengan nikmat dianugerahkan Allah SWT.
UCAPAN SELAMAT
Mengucapkan selamat dan mendoakan antara satu sama lain.
Tiada masalah untuk menggunakan apa jua kalimah, asalkan ianya
mempunyai maksud yang sama. Bagaimanapun, kalimah yang digunakan di
zaman baginda SAW adalah
“Taqabbalallahu minna wa minkum”
ertinya :
Semoga Allah menerima amalan (amalan dan ibadat di Ramadhan) kami dan
kamu”.
Disebut dalam sebuah riwayat :
Berkata
Wathilah, Aku bertemu Rasulullah SAW pada hari raya dan aku katakan pada
Baginda, “taqabballahu minna wa minka”,
Baginda SAW menjawab :
“Ya,
taqabbalallahu minna wa minka.”
(Al-Baihaqi, rujuk perbincangan di Fath
Al-Bari, 2/446)
MANDI SUNAT
Disunatkan mandi di pagi raya sepertimana mandi wajib, iaitu sebelum keluar menuju ke masjid untuk solat Aidilfitri.
Ali bin Abi Thalib r.a pernah ditanya mengenai mandi. Adakah diharuskan mandi setiap hari? Baginda SAW menjawab:
“Tidak harus melakukannya. Namun, mandi yang diharuskan ialah mandi
pada hari Jumaat, hari Arafah, hari Aidiladha dan Aidilfitri.” (Hadis
riwayat Imam Syafie).
Niat Mandi Sunat Hari Raya Aidil Fitri:
"Sahaja aku mandi sunat 'idul fitri kerana Allah ta'ala"
TAKBIR AIDILFITRI
Seharusnya umat Islam memperbanyakkan Takbir, jangan terlalu sibuk
dengan aktiviti persiapan raya, menonton TV dan bermain mercun sehingga
meninggalkan peluang takbir ini. Ini adalah penting bagi syiar Islam
selain kalimah Takbir yang dibenci oleh Syaitan.
Ad-Dar Qutni
melaporkan bahawa apabila Ibn Umar r.a keluar di hari raya Idul Fitri,
beliau akan berterusan bertakbir sehinggalah imam keluar untuk
mengimamkan solat hari raya.
SAMBUTAN AIDILFITRI
Kedatangan 1 Syawal disambut dengan penuh kesyukuran kerana berjaya
menunaikan ibadat puasa sebulan Ramadhan. Ketika merayakan Aidilfitri,
kita perlu:
- Membersihkan hati dan memperbaiki hubungan sesama Muslim. - Bersabar dan mengikis segala perasaan benci, dendam, dengki dan iri hati. - Menanamkan perasaan kasih-mengasihi sesama umat Islam. - Bermaaf-maafan dan bina hubungan persaudaraan yang kukuh.
AMALAN SEPANJANG BULAN SYAWAL
- Bersedekah kepada golongan memerlukan sebagai tanda kesyukuran di atas nikmat Allah. - Elakkan campur aduk antara amalan baik dengan perkara yang ditegah, dalam membuat persiapan hari raya.
- Percampuran di antara lelaki dan perempuan secara bebas di dalam
sesuatu majlis perlu dielakkan dan jangan melakukan perlanggaran batas
agama. - Menjaga adab sopan ketika ziarah dan memilih waktu yang sesuai berziarah. - Ziarah menziarahi sanak saudara,untuk mendapat keredaan Allah SWT.
Rindu
-
Rindu.
Kadang kita rindu pada kenangan yang pasti tidak akan berulang. Kita rindu
waktu itu. Suasana, perasaan kita, orang sekeliling kita. Tapi kita sedar...
~FINAL EXAM~
-
بسم الله الرحمن الرحيم
Selamat menghadapi peperiksaan akhir semester bagi mahasiswa/ mahasiswi
yang bakal menghadapi peperiksaan akhir semester yang akan...
ESP Shaklee...
-
Assalamualaikum... Hye u oll...
ok first aq nak cakap blog nie sebenarnya aq pun tak tahu untuk ape.. tapi
yang penting dalam blog nie aq punya suka nak pos...
~JOM BELAJAR DARIPADA CERITA " THE LORAX "~
-
Alhamdulillah segala puji bagi Allah SWT kerana masih memberikan kehidupan
kepada kita semua untuk berkhidmat kepada agama Allah SWT dan menunaikan
...
1,2,3 Salam Lebaran sume ^_^
-
assalamualaikum... ;)
okeh, di sini sy nk ucapkan salam lebaran buat semua penghuni blOg "The
Silencer" dan tak lupe juga kpd umat islam diseluruh d...
BENARKAH????
-
*ASALAMUALAIKUM....HUH...SEKALI LAGI ALLAH BG KAT AQ KESMPATAN 4 TAIP BLOG
NEH...ALHAMDULILAH...ERMMM TODAY NOT SO INTERESTNG....BGN TIDO...MKN...TGK
TB......
JABATAN BENDAHARI Tel : 09-6687613 / 7612 / 7607 Faks: 09-6671887
BAHAGIAN HAL-EHWAL PELAJAR & ALUMNI Tel : 09-6687752 Faks: 09-6677842
PEJABAT KOLEJ KEDIAMAN Tel : 09-6687746/7745 Faks : 09-6677875
JABATAN PEMBANGUNAN & PENYELENGGARAAN Tel : 09 627 5512
BAHAGIAN PENGURUSAN AKADEMIK Tel : 09-668 7760/7773/7980 Faks: 09-666 4063
JABATAN PERPUSTAKAAN Tel : 09 668 7761
JABATAN KESELAMATAN Tel : 09-6275719 / 5755 Faks: 09-6275522
PUSAT TEKNOLOGI MAKLUMAT Tel : 09-6687639 Faks: 09-6671384
PUSAT SENI DAN WARISAN Tel : 09-6688888 Faks : 09-6669170
PUSAT ISLAM Tel : 09-6687751 Faks : 09-6687857
PUSAT KESIHATAN Tel : 09-6674946 Faks : 09-6687856 Talian Kecemasan 24 Jam : 013-9804946
Radar PenGunJung SEJAK Mac 2012
21114
PERSATUAN MAHASISWA SEJARAH DAN TAMADUN ISLAM, FAKULTI KONTEMPORARI ISLAM, UNIVERSITI SULTAN ZAINAL ABIDIN, KAMPUS GONG BADAK ,21300 KUALA TERENGGANU, TERENGGANU DARUL IMAN, MALAYSIA.
0 comments:
Post a Comment