Assalamualaikum..Alhamdullilah syukur kehadrat illahi,, pada 27 JUN 2013 telah berlangsung satu program yang diberi nama TAJDID
NIAT: MENINGKATKAN POTENSI
MAHASISWA bertempat di Dewan Kuliah Utama (DKU) Anjuran MPP UniSZA dengan kerjasama PERSATUAN MAHASISWA SEJARAH DAN TAMADUN ISLAM..
Program Tajdid Niat ini berkaitan
tujuan dan niat sebenar seorang mahasiswa/wi berada di dalam Universiti serta
cara untuk mereka memperbetulkan semula tujuan bergelar seorang mahasiswa/wi.
Program ini adalah salah satu langkah untuk mengajak mahasiswa/wi mengetahui
tanggungjawab mereka yang sebenar sebagai seorang mahasiswa/wi selain menikmati
kehidupan yang bebas setelah bertahun terikat dengan sekolah. Walaupun
pengkhususan ini tampak lebih menyerlah kepada mahasiswa/wi yang baru sahaja
menjejakkan kaki ke alam kampus seperti mahasiswa/wi semester 1, mahasiswa/wi
lain juga mendapat ilmu dan pendedahan untuk mereka ‘memperbaharui’ tujuan sebenar
mereka di dalam Universiti.
Program bermula dengan bacaan doa dan
Asmaul Husna. Seterusnya program diserahkan kepada penceramah Puan
Lailatul Jum’ati Binti Mohd(Pegawai Psikologi UniSZA)untuk melakukan
sesi syarahan dan aktiviti. Program ini menggunakan konsep yang agak berbeza
iaitu ceramah dua hala bertujuan untuk memberi nafas baru kepada mahasiswa/wi
yang hadir. Program berakhir pada jam 11.00 malam.
Kami Berharap Program ini memberi kesan terutama kepada mahasiswa/wi baru untuk mereka menetapkan niat dan
tujuan berada di Universiti. Begitu juga dengan mahasiswa/wi yang lain dimana
mereka masih belum terlambat untuk memperbetulkan semula tujuan menjadi seorang
mahasiswa/wi.
Sekian...
"SEJARAH PASAK TAMADUN SEJAGAT"
baik aja. sebak kot :)
ReplyDelete