Apa khabar semua? Hari ni banyak yang Buat Status Result Semester Lepas dah keluar...Betul ke?? cuba share2 sikit..
Walau berapa pun pointer yg diperolehi TAHNIAH diucapkan kepada mereka-mereka yang berjaya memperolehi result yang cemerlang ..bagi yang kurang berjaya teruskan Usaha dengan baki Semester yang ada..InsyaAllah kamu semua pasti boleh...
Mungkin ada yang tak setuju dengan Tajuk Entry ini, "ILMU VS POINTER" atau mungkin lebih mudah untuk dikatakan " ILMU BUKAN PADA POINTER". Macam-macam orang boleh ditafsirkan mengikut kefahaman masing-masing. Saya raikan semua pendapat. Tiada masalah.
Apa yang saya maksudkan adalah ilmu seseorang terutamanya student) itu bukan dinilai pada pointer(yakni akademik) semata-mata. Banyak lagi aspek dalam kehidupan yang lebih sesuai dijadikan indikator seseorang itu berilmu atau tidak. Ini bukannya bermaksud tidak payah amik kisah pasal pointer, dan tidak study bersungguh-sungguh. Bukan macam itu, ok?.
Tajuk Entry di atas ditujukan kepada segelintir mahasiswa yang excited mengejar pointer berbanding ikhlaskan niat belajar menuntut ilmu kerana Allah. Pointer tinggi namun sakhsiah zero. Itu dah cukup menandakan mereka itu zero ilmu. Ilmu yang berkat adalah ilmu yang bermanfaat dan diamalkan.
Betul, pointer yang tinggi menjamin kerja dan masa depan yang baik, namun rezeki ditangan Allah. Jika kita telah buat yang terbaik namun kejayaan belum menjadi milik kita, maka, yakinlah, Allah ada perancangan yang sebaiknya untuk kita. Sentiasalah berdoa padaNYA. Ingat, apa-apa pun, sentiasa belajar dengan ikhlas dan buat yang terbaik. InsyaAllah akan ada keberkatannya.
0 comments:
Post a Comment