Thursday, April 4, 2013

SELAMAT BERCUTI

Dah lama rasanya tak update blog SEJATI ni..maaf semua,sebab sibuk dengan kuliah dan tugasan Universiti..
Alhamdulillah,dah tamat pun pembelajaran kita untuk semester 2 & 4 sesi 2012/2013..seterusnya 2012 pun sudah melabuhkan tirainya...macam2 pengalaman sudah kita dapat sepanjang semester lepas..
kalau yang buruk tu kita buang jauh2..yang baik tu kita simpan jadi teladan...cuba kita imbas kembali apa yang telah kita lakukan sepanjang semester lepas..

erm..mungkin ade kisah pahit manisnya..setiap kejadian yang berlaku ade hikmahnya..Allah menjadikan kehidupan kita tu warna warni..maksudnya adalah,ade kisah gembira,sedih..supaya kita dapat merasai nikmat kehidupan..

jangan mengeluh atas setiap ape yang kita lalui..kerana itu adalah ujian hidup..supaya kita menjadi lebih tabah dan kuat..jangan cepat berputus asa..selagi ade kesempatan waktu,marilah kita berubah ke arah yang lebih baik,lebih positif..buang yang keruh ambil yang jernih..kerana setiap masa depan kita terletak atas diri kita sendiri..kita yang mencorakkannya..

Entry pada kali ni sekadar mengingati dan bermuhasabah diri..rasa cepat saje masa berlalu..
Akhir kata,Selamat Bercuti Semua!..manfaatkan cuti ni sebaik mungkin..supaya bila naik semester baru nanti,kita lebih bertenaga,lebih kuat menghadapi cabaran2 dan akhir sekali supaya kita x mengulangi kesilapan yang lalu..
tolong mak dan ayah dekat rumah yer..kerana ni saje masa yang kita ade untuk mereka setelah berbulan2 menelaah pelajaran di universiti..

Salam Ukhuwah buat semua dari kami Majlis Tertinggi Persatuan Mahasiswa Sejarah dan Tamadun Islam UniSZA sesi 2012/2013..^_^


Sunday, January 20, 2013

KENALI KAMI EXCO-EXCO PERSATUAN MAHASISWA SEJARAH DAN TAMADUN ISLAM SESI 2013/2014


KENALI KAMI EXCO-EXCO PERSATUAN MAHASISWA SEJARAH DAN TAMADUN ISLAM SESI 2013/2014

                                                               
EXCO AKADEMIK DAN PENYELIDIKAN
ABDUL MALIK B. ABU BAKAR
011-29800393
EXCO AKADEMIK DAN PENYELIDIKAN
NUR SYAZANA BT ALWI
013-6981031

EXCO PUBLISITI DAN PENERANGAN
MUHAMMAD HANIF B. AHMAD
014-5088657
EXCO PUBLISITI DAN PENERANGAN
NURUL HUSNA BT ROSLI
017-7022858

EXCO EKONOMI DAN KEUSAHAWANAN
RAJA MUHAMMAD IMRAN B. RAJA ABDUL AZIZ
017-7181260
EXCO EKONOMI DAN KEUSAHAWANAN
NORHIDAYAH BT ABDUL MUTALIP
019-4089232

EXCO KEBAJIKAN DAN KESENIAN
MUHAMMAD MUHAIMIN B. YUSOFF
013-3002977
EXCO KEBAJIKAN DAN KESENIAN
NURUL ABRAR BT MD ISA
013-7650472

EXCO DAKWAH DAN KEROHANIAN
MUHAMMAD SYAHMI B. MOHD SHARI
013-2772780
EXCO DAKWAH DAN KEROHANIAN
NURUL SOFIA BT MASRAN
013-3914354

EXCO SUKAN DAN PERHUBUNGAN LUAR
MUHAMMAD SYAZWAN B. MOHD ANUAR
017-3538972
EXCO SUKAN DAN PERHUBUNGAN LUAR
SITI NURHANIEEZA BT BORHANODEN
013-7873106

EXCO HELWANIS
HAZIQAH BT MD NAJIB
011-29225461
EXCO HELWANIS
NOR ADILAH BT MOHAMAD FUAT
017-4718665




"SEJARAH PASAK TAMADUN SEJAGAT"

Saturday, January 19, 2013

KENALI KAMI MAJLIS TERTINGGI PERSATUAN MAHASISWA SEJARAH & TAMADUN ISLAM SESI 2013/2014

KENALI KAMI MAJLIS TERTINGGI  PERSATUAN MAHASISWA 
SEJARAH DAN TAMADUN ISLAM 
SESI 2013/2014



YANG DI-PERTUA:
MOHAMAD HAFZAN HANAFI B. MOHAMAD DEROS
019-5010175

NAIB YANG DI-PERTUA:
NUR AQILAH BT KARIM
019-3462404

TIMBALAN YANG DI-PERTUA:
MUHD ZAHID B. ZAMRI
013-4580626


SETIAUSAHA AGUNG 1:
MUHAMMAD KHAIRUL IMAN B. HUSSIN
013-3420749

SETIAUSAHA AGUNG 2:
NURUL SHAMIM BT OMAR NEK
013-4732083


BENDAHARI KEHORMAT 1:
ROSE ILYA BALQIS BT MIOR TAJAL ARIFF
019-5034939

BENDAHARI KEHORMAT 2:
SARAH BT ADLI
014-5062873






"SEJARAH PASAK TAMADUN SEJAGAT"

Friday, January 4, 2013

KEPIMPINAN SESI 2012/2013

CARTA ORGANISASI KEPIMPINAN PERSATUAN SEJARAH & TAMADUN ISLAM SESI 2012/2013










"SEJARAH PASAK TAMADUN SEJAGAT"

Disediakan Oleh:
SETIAUSAHA AGUNG 1,
PERSATUAN SEJARAH & TAMADUN ISLAM,
FAKULTI KONTEMPORARI ISLAM,
UNIVERSITI SULTAN ZAINAL ABIDIN.




Saturday, December 1, 2012

HUBUNGI KAMI

PERSATUAN MAHASISWA SEJARAH DAN TAMADUN ISLAM, 
FAKULTI KONTEMPORARI ISLAM, 
UNIVERSITI SULTAN ZAINAL ABIDIN,
 KAMPUS GONG BADAK ,21300 KUALA TERENGGANU,
 TERENGGANU DARUL IMAN, MALAYSIA.


FACEBOOK:
 https://www.facebook.com/pages/Sejati_unisza


TWITTER:
 https://twitter.com/SEJATIUNISZA


"SEJARAH PASAK TAMADUN SEJAGAT"

Thursday, November 29, 2012

Oh PaLESTINA!

Wahai Tuhan kami, sesungguhnya kami menjadikan-Mu sebagai pendinding (kepada musuh2) kami, dan kami berlindung dengan-Mu daripada kejahatan mereka.Wahai Tuhan kami, wahai Tuhan yang menurunkan al-Kitab (al-Quran), dan wahai yang menjalankan awan, dan wahai yang menghancurkan tentera al-Ahzab, hancurkanlah Yahudi perampas dan penjajah dan bantulah kami ke atas mereka dan goyankanlah mereka.Wahai Tuhan kami, binasakanlah kesempurnaan mereka, dan pecah-belahkanlah jemaah/kesatuan mereka, dan gagapkanlah perkataan mereka (melalutkan kereka), pecah belahkanlah hati-hati mereka, goyahkanlah pendirian mereka, dan hantarkanlah anjing ke atas mereka dari anjing-anjing suruhanMu, wahai Tuhan Yang Maha Gagah Perkasa, wahai Tuhan Yang Maha Berani, wahai Tuhan Yang Maha Berdendam.

Wahai Allah tuhan kami, turunkanlah ke atas mereka kemarahan dan kesakitan dariMu yang tidak mampu ditolak oleh kaum yang berdosa. Ya Allah, bantulah muslimin dan pejuang Islam dalam petempurannya dengan Yahudi, Ya Allah bantulah kami untuk mengalahkan mereka di mana-mana sahaja, Ya Allah tunjukkanlah kepada mereka keajaiban kuasaMu,
 Dunia Palestine tidak pernah sunyi daripada disebut-sebut dari dahulu hinggalah ke saat ini. Lipatan sejarah dan apa yang kelak berlaku di bumi Palestine telahpun dirakamkan oleh Allah SWT di dalam kalam-Nya yang benar lagi membenarkan. Kaum kuffar tidak jemu-jemu melancarkan fitnah terhadap dunia Islam, kononnya umat Islam adalah pengganas. Label pengganas tersebut menjadi lesen bagi mereka untuk menghalalkan darah kaum muslim terutamanya di bumi Palestine di mana kaum muslim telah lama menanggung penderitaan sejak 1948.
Kaum Yahudi tanpa jemu, giat melenyapkan Palestine sebagai bumi umat Islam di peta dunia. Lihatlah dunia hari ini, adakah nama Palestine ditulis di atas atlas-atlas yang dijual di kedai-kedai? Sebaliknya, negara haram Israel tertera di atlas-atlas tersebut. Apa yang menyedihkan, negara pengganas Israel hanyalah sebesar gelang yang mempunyai kepadatan penduduk seramai 7.5 juta orang sahaja. Namun tiada satu negara Arab pun yang menghantar bala tentera mereka untuk mencabut kekuasaan pengganas Israel di bumi suci Palestine. Sebaliknya, menghantar wakil-wakil mereka untuk melakukan antara pemuka-pemuka Islam yang bacul dengan pemuka-pemuka Yahudi yang terang-terang pendusta. Dari dahulu hingga kini, apakah natijah rundingan-rundingan ini?

Natijahnya tidak lebih daripada menghabiskan wang ke sana ke mari, membuang air liur, dan menjadi panggung wayang bagi kaum kuffar sedunia untuk bergelak ketawa melihat gelagat pemuka Islam yang pengecut. Mengapakah masalah ini berlarutan dari tahun 1948 sehingga kini? Masih tidak cukupkah masa untuk mencabut kekuasaan haram itu? Tidak tahukah kalian, wahai pemimpin, Khalifah Mu'tasim Billah hanya mengambil masa beberapa jam untuk menggerakkan bala tentera untuk menyerang kota Rom terkuat setelah seorang mukminah dipersenda oleh lelaki kafir?

Inilah budaya yang diterapkan oleh penjajah imperialis. Mereka sedaya-upaya menerapkan semangat nasionalism. Lihat, semangat nasionalis telah memisahkan tali silaturrahim kita bersama saudara kita di Palestine. Negara-negara Arab hanya mementingkan negara mereka sendiri sahaja. Apatah lagi negara-negara yang dipisahkan dengan ribuan kilometer jauh dari Palestine. Inilah dia semangat nasionalism!

Semangat nasionalism menjadi nadi kehancuran perpaduan kaum muslim! Sungguh, para pejuang nasionalis sudahpun tersesat dengan idea kapitalis yang rosak lagi merosakkan ini. Apa yang lebih menyedihkan lagi, ada juga pihak yang memandang masalah ini hanyalah masalah kaum Arab. Tidak cukup dengan itu, umat Islam di Palestine yang sememangnya terpisah dengan kaum muslim lain di serata dunia, dipisahkan lagi dengan sempadan Gaza dan Tebing Barat. Justeru, ramai pihak memandang bahawa Gaza-lah yang perlu diselamatkan kerana kawasan tersebut dikuasai oleh Hamas. Sungguh, mereka tertipu dengan semangat asobiyyah yang sesat lagi menyesatkan.
 

Ketahuilah, setiap inci dan penjuru Palestine wajib dibebaskan daripada genggaman Yahudi mahupun pihak berhaluan sekular (Fatah). Tiada hak bagi kaum kafir harbi Yahudi di bumi Palestine walaupun sejengkal! Hanya dengan mengerahkan bala tentera ke kawasan sebesar gelang itu dapat mencabut kekuasaan Yahudi di bumi Palestine dan ia merupakan tanggungjawab pemerintah! Wahai pemerintah yang mempunyai kuasa, apakah jawapan kalian untuk dakwaan-dakwaan umat Islam yang menderita ketika mereka mendakwa kalian di hadapan Allah kelak?! Sesungguhnya bumi Gaza, seluruh Palestine, dan bumi Islam yang lain sedang menunggu pembelaan daripada seorang Khalifah yang merupakan junnah (perisai) kepada ummat! 




PALESTIN TAK PERNAH GENTAR! 

"Seorang wanita mencari anak
gadisnya hilang dalam
timbunan puing-puing bangunan runtuh,
peluru bersimpang-siur berdesir di telinganya,
dia terus menjerit dan meraung-raung atas kehilangan itu.

Wanita itu berlari-lari anak tanpa arah lagi
mencari anak lelakinya yang masih kecil
yang terlepas daripada pautan tangannya
dan dilihat di celah-celah
gelimpangan mayat-mayat itu
ada sekujur mayat kanak-kanak
yang masih memegang senapang mainan
di tangannya,
itulah anaknya.

Wanita itu terus menangis serta
menampar-nampar mukanya
mencari suaminya
dan di lantai dilihatnya titisan darah
Syahid!!!Syahid!!!Syahid!!!Jeritnya.

Seorang lelaki sedang mengusung
jenazah sahabatnya
yang berlumuran darah,
kepalanya telah terkulai,
yang lain sedang menjerit-jerit
mencemuh dan memohon pertolongan
dan manusia di bumi Palestin sangat
gawat,
dentuman bom seperti membelah bumi,
peluru seperti taufan membedil musuh
dan lawan."

tegarkah kamu sumer mlht saudara2 kite dibunuh oleh YAHUDI LAKNATULLAH...
ayuh tmn2...
same2 la kite boikot brngn yahudi..
salam..


same2 la kite berdoa...InsyaAllah..

::: HANDS FOR GAZA :::




Monday, October 1, 2012

Salam ImtiHan

 
DiKesempatan ini Saya ingin Mengucapkan Bitaufiq Wannajah buat Semua Warga SEJATI dalam Menghadapi Peperiksaan Akhir Sesi 2012/2013....

mulakan dengan BISMILLAH.., jangan tensen-tensen,;; jawab soalan yang senang dulu, pilih jawapan betul-betul.



explain jawapan sepanjang-panjangnya, jangan risau pape, jawab soalan objektif dengan pensel, nanti senang pensyarah nak betulkan jawapan kita..:D



STUDY SMART NOI HARD...n_n

Buat yg terbaik kemudian berserah,bertawakal dan berdoa padaNya agar kita semua memperolehi keputusan yg lulus dgn cemerlang,amin...

"sekuat manapun godaan yang kita hadapi,
sekuat apa pun cubaan yang harus kita jalani,
sebesar apa pun kegagalan yang kita rasai,
sejauh mana pun hari-hari yang kita lalui,
JANGAN pernah berhenti berharap dari pertolongan Ilahi,
kerana harapan adalah masa hadapan,
kerana harapan adalah sumber kekuatan,
kerana doa adalah pintu kebaikan dan
kerana doa adalah senjata orang yang beriman."

-Trust In Allah- 
~May Allah Give His Help, Answers, Solutions, And Ways Of Being PATIENT.~ n_n

Tuesday, September 11, 2012

JAMUAN HARI RAYA SEJATI

 
Alhamdullilah,, Bersyukur Kehadrat Illahi atas kurnia dan Inayahnya dapat juga kita bersama2 sekali lagi berkumpul bersama2 didalam Majlis JAMUAN HARI RAYA SEJATI yang berlangsung pada 9/9/10,,,,,Setinggi-tinggi Penghargaan buat Akhi Iman bersama2 'BALA TENTERANYA' kerana berjaya melaksanakan Program tersebut dengan Jayanya...=)
SEmoga Ukhuwah yang terjalin antara kita Semua Kekal buat Selama-lamanya.... Ukhuwah adalah suatu NIKMAT yang diberikan oleh Allah SWT kepada umat Islam. "Dan ingatlah akan nikmat Allah kepadamu ketika kamu dahulu (masa Jahiliyah) bermusuh-musuhan, maka Allah mempersatukan hatimu, lalu menjadilah kamu kerana nikmat itu, sebagai orang-orang yang bersaudara." (Ali 'Imran 3: 103)

Ya Allah Engkau mengetahui bahawa hati-hati ini telah berkumpul kerana mengasihimu...bertemu untuk mematuhiMu, bersatu memikul beban dakwah mu..Hati-hati ini telah berjanji setia untuk mendaulat dan menyokong syari'at Mu, maka eratlah " Ya Allah akan ikatannya ..kekalkan kemesraan antara hati-hati ini..tunjuklah kepada hati-hati ini akan jalannya..Penuhkan hati ini dengan cahaya RABBANIMU...yang tidak kunjung malap..Lapangkan hati-hati ini dengan limpah iman dan keyakinan dan keindahan tawakalMu..Hidup suburkan hati-hati dengan MA'RIFAT tentangmu...maka matikanlah pemilik hati-hati ini sebagai syuhada' dalam agama Mu..Engkaulah sebaik-baik sandaran dan sebaik-baik penolong.....


Dari Abdul Rahman bin Abi Laila rah.a berkata, kami telah diceritakan oleh sahabat Nabi s.a.w : Satu ketika beliau bersama Nabi s.a.w di mana seorang sahabat telah tertidur.  Ketika dia nyenyak tidur, seorang sahabat telah mengambil tali kepunyaannya (semata-mata untuk bergurau sahaja).  Apabila sahabat tadi membuka matanya dan didapatinya talinya telah hilang disisinya, dia begitu susah hati.  Kerana itu Nabi s.a.w bersabda: Tidak halal bagi seorang Islam menakut-nakutkan seorang Islam yang lain.
(Hadith riwayat Abu Daud)